Ketiga-tiga penyanyi lelaki yang dimaksudkan ialah Afieq Shazwan, Fareez Fauzi dan Mikah Amirul.

Afieq Shazwan atau nama sebenarnya, Muhammad Shafieq Shazwan Zamros mula berjinak-jinak untuk menjadi penyanyi pada usia 11 tahun ketika beliau meyertai program realiti televisyen, Idola Kecil pada tahun 2008.

Fareez Fauzi pula yang mewarisi bakat seni daripada ayahnya, aktor Fauzi Nawawi, menyertai pertandingan Mentor Milenia yang dijadikan sebagai batu loncatan untuk mengetengahkan bakat nyanyian yang ada dalam dirinya.

Fareez atau nama sebenarnya, Muhammad Fareez Hazwan berjaya membuktikan bahawa beliau adalah pelapis penyanyi lelaki tanah air apabila berjaya muncul sebagai juara Mentor Milenia 2016.

Mikah Amirul, anak kelahiran Johor Bahru, Johor adalah bakat baharu yang diketengahkan dan single berjudul Janjiku edaran AJ Music Malaysia (AJ).

Untuk mengenali ketiga-tiga anak muda yang mencari nama dan tapak dalam bidang seni suara tanah air, jangan lupa tonton Jom Chat di Facebook Utusan Online, pukul 9 malam sehingga 10 malam ini. - UTUSAN ONLINE