Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Adiwiraku beri inspirasi, bina impian

SANGEETA 6
SANGEETA cemerlang membawakan watak sebagai Cikgu Cheryl dalam filem Adiwiraku.

Melihat posternya sahaja, pasti akan terbit rasa sangsi untuk meletak harapan yang tinggi sekali gus menonton naskhah Adiwiraku yang diarahkan Eric Ong dan lakon layarnya pula ditulis aktor Cina berpengalaman, Jason Chong.

Masakan tidak, tanpa membariskan pelakon ternama ataupun dikenali, Eric meletakkan kepercayaan penuh terhadap dua nama yang begitu asing iaitu Sangeeta Krishnasamy dan Xavier Fong bagi menerajui filem sulungnya itu.

Malah sutradara itu juga begitu berani menanggung risiko apabila menggunakan khidmat murid-murid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pinang Tunggal di Sungai Petani, Kedah, yang menjadi latar lokasi filem berkenaan untuk mendukung peranan masing-masing dalam menghidupkan keseluruhan cerita.

Mengambil kira kesemua faktor tersebut dan memahami fiil penonton tempatan yang menyanjung pelakon popular, lazimnya sukar untuk Adiwiraku menarik audiens ke pawagam kerana secara zahirnya, tiada daya tarikan yang cukup kuat.

Bagaimanapun usai pratonton filem berkenaan yang diadakan baru-baru ini, ternyata tanggapan awal terhadap karya terbitan SOL itu meleset sama sekali.

Hampir sempurna! Mungkin itu pujian yang wajar diberikan buat keseluruhan produksi yang bertungkus-lumus membuktikan bahawa meskipun tanpa figura dikenali, mereka mampu menghasilkan sebuah naskhah berkualiti.

Tidak keterlaluan, Adiwiraku selayaknya bersaing untuk merebut trofi Filem Terbaik pada majlis anugerah perfileman tempatan mahupun peringkat antarabangsa berbekalkan ‘modal’ hebat yang dimiliki.

Filem ini memaparkan kisah sebenar mengenai dugaan dan cabaran yang dihadapi murid-murid di sekolah berkenaan yang terletak di luar bandar dalam usaha mereka buat pertama kalinya menyertai pertandingan bicara berirama (choral speaking) walaupun menyedari peluang mereka terlalu tipis.

Menemu bual teraju utamanya iaitu Sangeeta yang mendukung peranan sebagai guru bahasa Inggeris bernama Cheryl Ann, dia berpendapat bahawa Adiwiraku sebuah karya istimewa dan menakjubkan.

“Berlakon dalam sebuah filem yang diadaptasi daripada kisah sebenar dan melakonkan watak seorang yang masih hidup, satu pengalaman berharga dalam usaha mengukuhkan portfolio seni saya.

“Diakui, personaliti Cheryl dan saya tidak jauh bezanya. Saya juga pernah bergelar pendidik dan itu memudahkan tugas saya dalam membentuk karakter yang didukung.

“Satu penghormatan buat saya kerana dapat memvisualkannya ke layar perak. Tonton dengan jiwa yang terbuka, pasti anda akan dapat (melihat) yang dicari,” jelas jelitawan yang juga bekas model itu.

Adiwiraku bakal menemui penonton di 52 panggung di seluruh negara bermula 9 Mac ini. 

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan