Presidennya, Datuk DJ Dave berkata, sumbangan bernilai RM32,000 itu diberikan kepada 16 orang artis pelbagai kaum bagi meringankan beban untuk menyambut perayaan Deepavali yang bakal menjelma.

“YKAT memberi sumbangan kepada artis yang telah mencecah usia 60 tahun dah juga mereka yang memerlukan bantuan kewangan bagi masalah kesihatan.

“Ini adalah antara misi dan agenda YKAT yang dilaksana sepanjang penubuhannya. Kita akan terus memberi sumbangan kepada artis yang memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam majlis penyampaian sumbangan YKAT sempena sambutan Deepavali 2018 di sini.

Antara penerima sumbangan tersebut adalah vokalis kumpulan Lefthanded, Datuk Nash, penyanyi Harcharan Singh, komposer V. Kali Salvan, pemuzik Yap Yoke Chee dan ramai lagi.

Dalam majlis sama, YKAT turut menyampaikan sumbangan khairat kematian berjumlah RM3,000 kepada anak pejuang irama tradisional, Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah yang meninggal dunia baru-baru ini.

Sumbangan diterima dua anak Allahyarham, Siti Syafrina dan Megat Mohd Syahraini. - UTUSAN ONLINE