Antaranya ialah lagu nyanyian Dayang Nurfaizah nukilan penuh Ajai iaitu Separuh Matiku Bercinta serta lagu ciptaan Faizal Tahir dan Mike Chan nyanyian Caliph Busker iaitu Sejati yang dipilih sebagai lagu terbaik minggu pertama dan kedua Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-32.

Lagu lain yang turut mara ialah Warkah Untukmu (Ara Johari), Bayang (Khai Bahar), Tergantung Sepi (Haqiem Rusli), Menahan Rindu (Wany Hasrita) dan Lebih Sempurna (Syamel).

Sementara lima buah lagu lagi ialah Jampi (Hael Husaini), Akhirnya Cinta (Salma Asis), Aku Cinta (Syamel & Ernie Zakri), Aku Yang Sebenar (Hazama The Penglipur Lara) dan Amboi (Altimet).

Dijadualkan berlangsung pada Februari ini, AJL32 dijangka sengit dan meriah memandangkan sebahagian komposer serta penyanyi yang mara pernah mencipta kegemilangan sebelum ini di sampiang beberapa pendatang baharu yang mewarnai persada muzik tanah air. - UTUSAN ONLINE