KUALA LUMPUR 13 APRIL 2018 - Fotografi Tudung People dan Fizi Woo Fashoin Show di Publika Shopping Gallery, di sini hari ini._GAMBAR : MD.SHAHJEHAN MAAMIN./PEMBERITA : MARIA (MEJA KELUARGA), RABIATUL (MEJA MINGGUAN MALAYSIA).

Bagaimanapun, tidak ramai yang tahu bahawa semangat ‘juangnya’ telah berputik sejak di universiti, iaitu tentang bagaimana dia memperjuangkan ‘haknya’ untuk berhijab ketika masih dalam pengajian bagi bergelar doktor pakar.

Cerita Dr. Fauziah dan lima lagi ikon wanita telah memberi inspirasi kepada TudungPeople untuk dikongsi bersama wanita lain melalui kempen terbaharunya #MyHijabMyStory, sempena pelancaran koleksi tudung Aidilfitri 2018.

Selain Dr. Fauziah, lima lagi ikon wanita yang masing-masing mempunyai cerita tersendiri, ialah penulis blog fesyen, Aishah Amin; ibu tunggal dan ahli perniagaan, Farah Lee; ikon wanita Muslim Korea, Ayana Moon; ibu dan wanita karier berjaya, Dr. Syaima Halim; dan pengasas bersama dan Pengarah Kreatif TudungPeople sendiri, Fazrena Aziz.

Koleksi tudung edisi terhad sempena Aidilfitri 2018 itu juga merupakan koleksi unik dengan cetakan khas bermotifkan floral sehingga ke perhiasan seperti bunga kristal dan Swarovski.

Menurut, Fazrena tahun ini TudungPeople menawarkan empat koleksi menarik untuk wanita-wanita di luar sana bergaya di pagi raya.

Katanya lagi, koleksi-koleksi tersebut merupakan koleksi tudung edisi terhad yang terdiri daripada Dhya manik dan Dhya bunga; Inaya Swarovski dan Nisa Swarovski; Inara pengantin; dan Le Eden.

“Setiap koleksi tampil dengan keunikan masing-masing seperti koleksi Dhya yang menggunakan manik sebagai nilai tambah pada tudung ini.

“Untuk koleksi Inaya dan Nisa pula kami menggunakan kristal Swarovski yang ditampal di atas tudung untuk mereka yang sukakan gaya eksklusif.

“Inara pengantin pula merupakan selendang panjang dengan renda bermanik, manakala Le Eden, koleksi edisi terhad tampil dengan cetakan khas bermotifkan flora. Pastinya kesemua koleksi ini memberi makna kepada kejayaan ikon-ikon wanita yang dipilih,” ujarnya ditemui selepas pelancaran koleksi tersebut sempena di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menggunakan fabrik yang berkualiti tinggi seperti sifon, sutera, dan sutera satin, koleksi-koleksi ini juga boleh digayakan dalam apa juga majlis sama ada gaya kasual, rasmi atau glamor.

Koleksi kali ini juga dilihat penuh dengan mainan warna cerah dan segar, malah jahitan dan cetakan pada helaian tudung mampu menonjolkan aura eksklusif kepada pemakai.

Selain di butik utama di Bangi Sentral, koleksi ini juga boleh disaksikan di laman sesawang http://tudungpeople.com. - mariatul qatiah zakaria