Menawarkan daging kambing berkualiti tinggi, bagi mereka yang ingin menikmati cita rasa daging yang diperap menggunakan perapan istimewa dengan tekstur daging yang lembut dan berjus, boleh mencuba Grilled Lamb Chop yang berharga RM75.50.

Jika masih tidak puas dengan kepingan Grilled Lamb Chop, cuba nikmati Grilled Lamb Shoulder yang menawarkan kepingan daging yang disalut rempah serta sos plum dan dipanggang seimbang bagi menaikkan rasa serta tekstur lembut daging.

Hanya berharga RM85.50, pelanggan mampu menikmati daging berkualiti tinggi selain dihidangkan dengan pembuka selera serta hidangan sampingan serta roti.

Bagi mereka yang ingin menikmati hidangan bersama keluarga, Lamb Lover’s Platter yang berharga RM125.50 menawarkan saiz hidangan yang berbaloi untuk dua hingga tiga orang.

Selain potongan daging terbaik, hidangan istimewa yang disediakan dalam pinggan Lamb Lover’s Platter ialah Lamb Cevapi yang dihidangkan dengan jeruk bawang merah dan disalut sos pedas istimewa Tony Roma’s dari Texas.

Memberikan keseronokan ketika menikmati pinggan itu, pelanggan ditawarkan dengan enam hidangan tambahan antaranya iaitu Chili Potatoes iaitu kepingan kentang yang disalut rempah cili, Crispy Onion Rings yang digoreng cara Spanish serta Rosted Broccoli iaitu brokoli yang distim dan dipanggang dengan cuka lemon.

Hidangan daging kambing sudah pasti menjadi lebih sedap dengan pilihan pelbagai minuman seperti Snowy Iceberg, Kiwi Paradise, Mango Rantcho, Blue Oceans, Smoothie Iceberg dan Smoothie Kiwi Paradise yang mempunyai gabungan rasa segar di tekak.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Grand Companions Sdn. Bhd. dan pemegang francais Tony Roma’s Malaysia, George Ang, Tony Roma’s sentiasa menawarkan hidangan yang berbaloi serta menepati citarasa pelanggan.

“Selain menyediakan hidangan yang unik dan segar seperti daging kambing seperti ini yang sudah tentu berbaloi untuk wang anda, kami juga memberikan pengalaman yang unik buat pelanggan,” katanya.

Promosi daging kambing ini ditawarkan bermula 23 April hingga 10 Jun depan di seluruh restoran Tony Roma’s.- UTUSAN ONLINE