Ini berbeza kerana masyarakat Johor sebelum ini makan dengan cara berhidang.

Nasi campur juga berbeza-beza mengikut negeri termasuk nasi berlauk, nasi ambeng, dan nasi lemak bungkus. Semua nasi ini adalah antara berkonsepkan nasi Malaya kerana nasi dan lauk diletakkan di dalam pinggan yang sama tanpa dihidang.

Kini Restoran Nasi Malaya yang baru dibuka sejak sebulan lalu mengimbau kembali kenangan era kemerdekaan malah dengan harga yang mesra pelanggan dengan harga bermula serendah RM6.90.

Pemilik Restoran Nasi Malaya, Mahani Awang berkata, walaupun baru dibuka, restoran ini telah mempunyai pelanggan setia yang sukakan tiga menu nasi Malaya iaitu lauk ayam special, daging dendeng atau sambal sotong.

“Ketiga-tiga menu dihidangkan dalam bungkusan. Istimewanya jika nasi tidak habis dimakan, pelanggan boleh bungkus sendiri dan membawa pulang makanan tadi untuk dimakan kemudian,” katanya semasa ditemui di restorannya di Bangi, Selangor.

Berkonsepkan makanan ringkas, sedap dan sesuai dengan ekonomi sekarang, Restoran Nasi Malaya amat sesuai dengan kos sara hidup yang tinggi sekarang terutama dalam kalangan pelajar dan mereka yang berpendapatan sederhana.

“Selain nasi Malaya yang dijual bungkus, pelanggan boleh juga memilih menu lain seperti kantonis yee mee, bihun goreng singapura, nasi goreng corn beef, bubur ayam, tilapia stim soya sos dan kari kepala ikan stim.

“Selain menu makanan yang cukup menyelerakan, pelanggan juga boleh memilih minuman istimewa iaitu Malaya smoothies mango yang enak dan Malaya smoothies jagung yang menyelerakan terutama semasa makan tengah hari,” katanya.

Mahani berkata, restoran yang memuatkan sehingga 150 orang menerima tempahan untuk pelbagai majlis seperti hari jadi, korporat, akikah atau pelbagai majlis lain.

“Restoran yang mempunyai tiga orang tukang masak dan empat orang pekerja mengamalkan perkhidmatan layan diri bagi memudahkan pelanggan dan menjimatkan kos agar makanan boleh dijual dengan harga mesra pelanggan.

“Pelanggan tidak perlu risau kerana restoran ini dibuka bermula jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari dan kami bercadang untuk menambah beberapa menu lain pada masa akan datang,” katanya.