Video oleh Azlan Bahrum

Dalam program julung kali penuh warna-warni, pasukan dengan enam anggota yang menamatkan larian itu berkongsi hadiah seekor kambing bernilai RM1,200.

Tempat kedua diraih Terengganu Cycling Team (kedua) dan Kurik Kundi (ketiga) manakala bagi kategori individu, juara dinobatkan kepada Rosni Abdul Rahman, diikuti Siti Rokiah (kedua) dan Anne Suhaila (ketiga).

Program  anjuran kumpulan Kuala Terengganu Residen (Kuterer) dengan kerjasama Muzium Negeri menarik penglibatan  kira-kira 2,300 orang .

Ia menampilkan  imej budaya  masyarakat pelbagai kaum negara ini apabila mengangkat pakaian tradisional  sebagai tema acara.

Salah seorang anggota Seni Tari Terengganu, Alani Fatini Abdul Rahman, 16, tidak menyangka penyertaan pertama kali mereka dalam acara larian dengan berpakaian watak puteri dan hulubalang membawa kemenangan.

"Kami  masuk sekadar untuk suka-suka dan terkejut apabila diumumkan menang kambing, walaupun haiwan ini comel tetapi mungkin akan menjualnya, dan wang itu kemudian dibahagikan," katanya kepada pemberita.

Sementara itu, ketua pasukan Kurik Kundi, Mohd. Safuwan Amir Mohd. Saidi berkata, pelbagai barangan dan aksesori tambahan sebagai tarikan buat kumpulan yang dianggotai 10 orang, antaranya jala, bubu, tenong, terendak, badang dan bunga manggar.

"Bagi menambah keceriaan, pasukan kami memainkan muzik dan menari lagu-lagu tradisional nyanyian penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sepanjang larian santai ini," katanya. - UTUSAN ONLINE