Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Motonation jelajah dengan Transformer

Motonation jelajah dengan Transformer 3

MOTONATION akan menjelajah ke seluruh negara dengan ditemani Transformer bagi mempromosikan karnival permotoran terbesar di Asia Tenggara, Motonation 2017 yang bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 1 hingga 3 Disember ini.

Motonation 2017 anjuran Procara Entertainment Sdn. Bhd. (Proacara) dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya bakal menghimpunkan pelbagai jenis

kereta dan motosikal berkuasa tinggi dan dijangka menarik kira-kira 500,000 pengunjung dari dalam dan luar negara.

The Transformer adalah kenderaan pengiklanan khas dilengkapi skrin LED gergasi, sistem bunyi dalaman dan multimedia, janakuasa berkuasa tinggi, penstabil kawalan menggunakan sistem hidraulik dan kabin luas yang diperkembangkan.

Treler sepanjang lebih 12 meter itu dipasang secara kekal dan menggunakan enjin Renault menjadikannya sebagai yang pertama digunakan di Asia Tenggara.

Dilengkapi pendingin hawa, Transformer yang boleh diubahsuai menjadi bilik pameran mudah alih, galeri dan sebagainya, bersama dengan lebih

Sebanyak 10 lori yang dipasang skrin diod pemancar cahaya (LED) akan digunakan sebagai kenderaan rasmi dalam program jelajah tersebut.

Pengarah Eksekutif Proacara, Mohd. Nazrul Zahri berkata, penggunaan treler mudah alih itu akan menarik lebih banyak perhatian, sekali gus meningkatkan platform dan menjadi alat pemasaran yang berkesan bagi Motonation 2017.

“Program jelajah pertama akan diadakan di Kota Bharu, Kelantan selepas sambutan Aidilfitri, diikuti Pulau Pinang, Johor Bahru dan beberapa lokasi lain di sekitar Lembah Klang.

“Selain itu, pelbagai pra aktiviti lain akan diadakan. Antaranya Seni Permotoran dengan kerjasama Balai Seni Lukis Negara pada Ogos ini dan konvoi motosikal berkuasa tinggi dari Putrajaya ke Bukit Jalil sempena sambutan Hari Kemerdekaan,” katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran treler tersebut yang disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif Proacara, Tan Sri Khalid Ramli dan Ketua Pegawai Eksekutif Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), Datuk Husni Salleh di MINES2, Seri Kembangan, Selangor pada Selasa lalu.

Terdahulu pada majlis pelancaran itu, Motonation menandatangani perjanjian kerjasama dengan Helo Global Sdn. Bhd. (Helo Global) selaku pengendali treler dan lori LED tersebut.

Menerusi perjanjian itu, HeloLED di bawah naungan Helo Global diumumkan sebagai rakan pengiklanan luar rasmi Motonation 2017.

Motonation turut bekerjasama dengan syarikat pemaju aplikasi, One Smart Star yang beroperasi di lebih 60 negara sebagai rakan kongsi pemaju aplikasi rasmi, Star Phone.

Pengguna telefon pintar hanya perlu memuat turun aplikasi tersebut secara percuma dan mendail nombor 6866 (*MOTO) untuk mengakses semua maklumat berhubung Motonation 2017.

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan