Ayie yang berkhidmat sebagai anggota keselamatan di Ipoh, Perak merupakan seorang peminat tegar Proton Wira oleh kerana bentuknya hampir serupa dengan jentera rali keluaran Mitsubishi. Jentera yang dimaksudkan ialah Mitsubishi Lancer Evolution III.

Kereta Wira itu sangat sentimental bagi Ayie. Kereta itu adalah hasil titik peluh yang dikumpul dari sejak mula bekerja dibeli dengan harga RM16,000 sekitar tahun 2005.

Ayie berkata, dia tidak lokek berbelanja besar untuk meningkatkan prestasi keretanya kerana itulah impian sejak dari kecil lagi.

“Saya bukan boros berbelanja namun apa yang saya buat adalah untuk kepuasan sendiri. Saya tidak kisah apa orang lain cakap,” ujarnya yang telah membelanjakan lebih RM40,000 untuk modifikasi jenteranya.

Menurut Ayie, perkara pertama yang dilakukan semasa mula ‘membela’ kereta itu ialah penggantian nadi penggerak dan alat ganti. Enjin dan perkakasan asli kereta itu telah diganti dengan peralatan baharu dan lebih tahan lasak. 

“Semua peralatan asal kereta ini sudah diganti dengan perkakasan baharu yang lebih tahan lasak. Ia memberikan keyakinan terutama ketika pedal minyak habis ditekan,” katanya berseloroh.

Enjin asal 4G15 telah digantikan dengan nadi yang cukup terkenal, 4G63T. Sebelum ia disematkan dalam ruangan enjin, dinding ruangan enjin diberikan nafas baru dengan warna yang lebih menarik.

Ayie sangat bertuah ketika membeli kereta potong yang dibawa dari Jepun. Semua komponen kereta tersebut adalah alat berprestasi tinggi jenama ‘Ralliart’ yang menjadi kegilaan ramai.

Peralatan tersebut merangkumi ‘isi dalam’ enjin seperti piston dan rod penyambung tersedia untuk dikerahkan. Setelah pembaharuan terhadap nadi selesai, Ayie menumpukan perhatian kepada kerangka badan kereta itu. Setiap bahagian dikemaskan dan diberi penampilan yang lebih segar.

Inilah kepuasan bagi Ayie.

Jika ditanya sama ada dia akan menjual kereta yang turut menjadi tunggangan utama ketika bercuti bersama keluarga dan balik beraya dikampung, Ayie hanya termenung panjang. Masakan tidak dia termenung panjang kerana kereta inilah kecintaannya dan dia berjanji akan menjaga kereta ini sampai bila.

“Kereta ini umpama sudah sebati dalam darah daging saya. Saya akan menjaganya sehabis mampu dan tidak pernah terlintas untuk menjual kereta ini,” ujarnya.

Spesifikasi

Proton Wira 1.5 Sedan (C97) 1994

Enjin: 4G63T DOHC 16 VALVE (TDO5H47)

Head & block port and polish

Piston lowcom fairlady saduran karbon 87mm

Crank&rod evo2 rs

Bearing king full set

Gasket keluli 1.5mm

Aci sesondol HKS 727°264°lift 10.8

Aci HKS boleh laras.

Turbo Tdo5H kod 47 16g

Injap pelepas Turbosmart 44mm
 Blow-off valve blitz
 Intercooler evo II

Paip aloi Ralliart

Penyejuk pelincir Cusco
 Penyuntik bahanapi 510cc

Pam bahan api Walbro

Pelaras bahanapi Works

Penapis udara apexi
 Cable Plak NGK R09

Spark plugs BRISK 
 radiator custom

Sard Evo3

Bateri Yokohama ns 60

Sistem pengurusan enjin Afc Neo Apexi

Peredam bunyi apexi N1 evo 8

Kotak gear 5 kelajuan manual SEMI LSD evo3 lock 2wd

Klac Cusco single plat & flywheel Cusco (Loceng)

Penyerap hentakan boleh laras GAB 
 4 point Cusco

Rim dan tayar : Enkei ralliart evo 6.5 TME Toyo T1R  225/50/17R

Papan pemuka hitam Evo3
 Seat Recaro Evo3

Oil press works
 Oil temp works

Cermin pandang sisi autoflip

Side skirt & lift skirt Evo3

Cermin full set cromex Cermin belakang evo 2

Bonet belakang dan 
 set lampu belakang wira sedan Warna Kuning evo 7

Bengkel : Alif Auto Garage (AAG)

Facebook & emel:
 Lembaga hitam 
 [email protected] com