Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Bezza paling mampu milik

kawalan sistem audio. 10
Kawalan sistem audio.

SETELAH lama mengelu­arkan model hatchback, akhirnya pada tahun lalu Perodua mengeluarkan model sedannya yang pertama iaitu Perodua Bezza.

Ditampilkan dengan enjin 1000 cc dan 1300 cc, Perodua mengumumkan model Bezza merupakan kenderaan sedan jimat tenaga yang pertama di Malaysia dengan kemampuan 22 kilometer per liter.

Kali ini penulis diberi peluang menguji Bezza Standard G de­ngan enjin 1.0 liter. Ia merupakan model paling rendah dalam kelasnya, tetapi pemilikannya boleh disifatkan masih berbaloi.

Dari segi reka bentuk, rasanya tidak perlu penulis perincikan lagi kerana reka bentuknya serupa dengan model Bezza yang lain cuma tanpa lampu kabus, pemegang pintu tanpa berkrom dan aksesori-aksesori canggih yang lain

Dengan kata lain, ia model paling asas dan model yang pa­ling murah.

Fizikal belakangnya agak menonjol dengan bumbung yang tinggi. Jika diletakkan berse­belah dengan kereta sedan yang lain, kelihatan bumbungnya masih tinggi dan menonjol.

Ruang dalamannya agak ringkas. Kerusi fabrik yang selesa untuk empat orang dewasa dengan ruang kelegaan untuk kaki penumpang belakang yang sederhana.

Apa yang paling menarik ialah butang penyangkut teh tarik bungkus ikat tepi untuk kedua-dua penumpang belakang dan penyangkut beg pemandu di kerusi penumpang hadapan yang boleh dikunci.

Dengan kata lain, Bezza ialah sebuah kereta yang dihasilkan mengikut pengalaman dan cita rasa rakyat Malaysia. Tahniah Perodua!

Bezza Standard G ini digerakkan dengan enjin 1.0 liter 1KR-VE dengan VVT-i dengan transmisi empat kelajuan automatik.

Penggunaan bahan apinya dengan pemanduan eko ialah 21.3 kilometer per liter. Masih menjimatkan.

Kali ini penulis memilih Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak sebagai medan ujian untuk model ini.

Menghidupkan enjin 1.0 liter ini, terasa sedikit gegaran jika dibiarkan dalam gear D (Pemanduan) ketika berhenti di lampu-lampu isyarat. Mungkin meter rpm agak rendah. Tetapi jika gear neutral, gegarannya tidak terlalu ketara.

Untuk model ini, penulis tidaklah mengharapkan kelajuan atau kecekapan, tetapi lebih kepada keselesaan yang maksimum. Pada kelajuan 80 kilo­meter sejam (km/j) ia masih selesa. Cuma apabila lebih 110 km/j, akan terasa olengan.

Harus diakui Bezza Stan­dard G seberat 880 kilogram (kg) amat ringan. Jika memotong lori atau dipotong oleh lori sekalipun pada kelajuan 90 km/j, terasa rempuhan angin hingga bergo­yang.

Malah jalan yang tidak rata juga mampu memberi kesan pemanduan. Oleh sebab itu, kelajuan maksimum yang pernah penulis capai ialah 140 km/j. Itupun dengan penuh berhati-hati walaupun model ini dilengkapi de­ngan ABS dan EBD yang membuktikan ia masih canggih walaupun pada harga yang murah.

Kenapa penulis sifatkan Bezza ini sebuah kereta yang berbaloi? Kerana dengan kesesakan lebuh raya pada musim cuti sekolah dan perayaan, ia adalah kereta yang paling sesuai dan menjimatkan dengan ruang but yang luas.

Perodua menghapuskan persepsi bahawa tidak perlu miliki kereta yang besar untuk balik kampung sejauh 300 km kerana Bezza telah memiliki ciri-ciri sedan yang besar tetapi dengan penjimatkan petrol.

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan