Bagi Keifli Othman, 45 resipi untuk terus kekal dalam bidang ini bukan hanya pengetahuan tentang teknikal kereta sebaliknya kekuatan fizikal dan mental juga perlu dititikberatkan.

“Saya telah hampir dua dekad dalam bidang ini. Berdasarkan pengalaman saya, pelumba kereta bukan hanya sekadar berlumba untuk pasukannya. Malah, dia juga perlu memberi maklum balas teknikal dan taktikal mengenai kereta yang dipandu kepada pasukannya. Untuk itu, pelumba perlu mempunyai pengetahuan teknikal mengenai kereta lumba bagi memastikan kelancaran perlumbaan,” katanya.

Keifli mengakui, berlumba dalam satu perlumbaan yang memakan masa panjang dan dilakukan tanpa henti memerlukan persediaan yang secukupnya daripada semua pihak. Selain kereta yang harus diselenggara dengan baik supaya ia mencapai tahap keupayaan yang sebenar, pelumba juga harus melakukan perkara sama.

“Persediaan yang tinggi diperlukan terutama dua aspek ketahanan pelumba iaitu ketahanan fizikal dan mental. Untuk mengekalkan kecergasan fizikal saya akan melakukan aktiviti-aktiviti luar dan bersenam,” katanya.

Tambahnya, persediaan ketahanan mental pula sukar untuk didefinasikan kerana ia bergantung kepada cara pelumba masing-masing. Untuk menjadi seorang pelumba, usaha keras dan pengorbanan mesti dilakukan.

Diet sihat

Pun begitu, Keifli mengakui usianya yang kian meningkat memerlukan latihan dan penjagaan yang lebih khusus berbanding dulu. Justeru, dia mengambil pendekatan menjaga diet supaya berat badannya tidak meningkat.

“Maklumlah usia kita sudah 40 lebih, berat badan cepat sangat naik. Selain kekal dengan aktiviti fizikal yang sihat, saya juga teliti tentang pemakanan. Kini saya mengamalkan suplemen Super Acai Berry dan dalam pada masa yang sama saya juga duta produk ini,” katanya.

Mengakui jadual kerjayanya tidak menentu, Keifli kadang-kadang balik lewat malam. Sebelum ini, jika dia masih berjaga lewat malam, perutnya akan cepat berasa lapar. Masalahnya, sedikit kudapan di tengah malam, boleh menyebakan berat badannya naik.

Perkara inilah yang mahu dielakkan kerana berat badan ideal sangat penting bagi pelumba. Katanya, Super Acai Berry yang mengandung, acai blueberry, mangga, betik, madu, garcia cambogia, teh hijau dan lada hitam membantu dia berasa kenyang dan memberi tenaga.

Sementara itu, Keifli gembira kerana suplemen ini banyak membantu rutin dietnya. Bukan sahaja rasa yang sedap, suplemen ini mudah diamalkan iaitu dua kali sehari, dua sudu pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur.

“Namun, sebagai individu yang mahu kekal aktif dan sihat, beberapa tip perlu diamalkan termasuk minum air masak minimum dua liter sehari, buat senaman ringkas untuk mempercepatkan proses pembakaran lemak, lebihkan sayur-sayuran hijau serta buah-buahan dalam diet anda dan elakkan makanan berminyak, segera dan bergula semasa proses penurunan berat badan,” katanya dan orang ramai boleh menghubungi Mira 011-52444545 untuk maklumat Super Acai Berry.

Dalam pada itu, Keifli menasihatkan anak- anak muda yang berminat menjadi pelumba kereta, datanglah ke litar perlumbaan. Berkorban sikit dari segi kewangan untuk beraksi di litar kerana itu lebih memuaskan berbanding beraksi di jalan raya.

“Bagi mereka yang meminati perlumbaan, sebenarnya banyak cabang yang boleh mereka tuju untuk melampiaskan nafsu berlumba selain di jalan raya. Malah, Litar Sepang sentiasa memberi peluang kepada mereka untuk berlumba melalui pertandingan yang diadakan.

“Masuklah pertandingan yang kecil-kecil dahulu sekiranya tidak mampu menyertai perlumbaan yang besar kerana lebih selamat daripada menggadai nyawa di jalan raya,” katanya yang juga Ketua Pasukan Perlumbaan Mayhem FX Tune.