Tidak ketinggalan, Allianz Malaysia yang telah menjemput kakitangan wanitanya untuk berkongsi kisah kehebatan mereka dalam menghasilkan paparan bersiri di laman sosial Facebook.

Perkongsian tersebut sebagai sebahagian daripada program sambutan Hari Wanita Antarabangsa, dengan memberi ruang mereka berkongsi kisah hidup yang memberi inspirasi.

Ketua Komunikasi Korporat Allianz Malaysia Berhad, Joannica Dass, berkata, pada tahun ini menyaksikan perubahan yang besar terhadap memperkasakan wanita dalam menggunakan suara mereka.

“Apabila kami bertanya kepada rakan sekerja wanita, kami menerima kisah-kisah asli yang menceritakan tentang kejayaan, kebahagiaan dan peristiwa menyayat hati mereka.

“Apa yang mengagumkan adalah keberanian yang luar biasa yang dimiliki ketika berdepan dengan kesukaran.

“Kami mempunyai rakan sekerja yang menceritakan tentang penderitaan yang dirasai ketika mengalami keguguran bayi dalam kandungan, serta pengalaman menjadi seorang ibu buat kali pertama.

“Mereka adalah wanita biasa yang berselisih di koridor pejabat dan menjadi bukti jitu kepada sifat dan perwatakan yang lemah lembut dalam menceritakan kisah mereka.

“Kami percaya setiap wanita mempunyai kisah mereka yang tersendiri untuk diceritakan. Kita hanya perlu bertanya untuk mengetahuinya, dan kami gembira kerana berjaya melakukannya,” katanya.

Selain itu, kata Joannica, sambutan Hari Wanita Antarabangsa kali ini turut dimeriahkan dengan penganjuran perlawanan bola jaring .

Pertandingan tersebut diadakan buat kali pertama pada 2017 dan telah mendapat sambutan hangat. Ia terbuka kepada kakitangan wanita dari ibu pejabat dan cawangan-cawangan yang terletak di Lembah Klang.

Allianz Malaysia berharap inisiatif ini akan memperkasakan golongan wanita untuk terus menceritakan kisah mereka dan tidak takut untuk dilihat atau didengari.