Melancarkan portal pendidikan memasak dan nutrisi, Memupuk Masa Depan Lebih Sihat!, pada penganjuran kali ini, peserta boleh menghantar penyertaan di laman web Maggi bagi memberi lebih peluang kepada pelajar seluruh negara menyertai pertandingan berkenaan.

Menurut Pengurus Pemasaran Maggi, Nestle Malaysia, Liew Pooi Wan, portal pendidikan tersebut turut menyediakan akses mudah dan tip-tip pemakanan sihat dan pintar memasak termasuk tip penggunaan Pinggan Sihat Malaysia, saiz kawalan hidangan penggantian bahan yang lebih sihat, tip membaca label makanan dan cara penyimpanan makanan.

“Generasi muda ketika ini sangat dekat dengan penggunaan Internet dan media sosial, jadi, pelancaran portal seperti ini mampu menarik lebih ramai penyertaan dalam pertandingan ini sekali gus dapat meningkatkan usaha kami untuk membina generasi yang lebih sihat serta menjadikan negara ini sebuah negara yang lebih berilmu.

“Penganjuran MSSCC ini juga mengambil pendekatan berbeza dengan menggalakkan anak muda untuk mengamalkan gaya hidup sihat melalui masakan yang dimasak di rumah dengan penggunaan bahan-bahan seimbang,” katanya pada majlis pelancaran yang dihadiri Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian KPM, Rozainum Ahmad di sini hari ini.

Sejak dianjurkan, lebih 340,000 pelajar telah menyertai pertandingan tersebut yang turut mendapat kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Persatuan Dietitian Malaysia (MDA). - UTUSAN ONLINE