Beliau berkata, ia boleh dilakukan dengan sokongan daripada Kawasan Segitiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia, Thailand (IMT-GT).

Katanya, perkongsian pakej seumpama itu dapat menggalakkan lagi usaha ke arah penyediaan perkhidmatan lebih baik dan produk yang kreatif.

"Kalau (pelancong) datang Malaysia, biasanya kita akan memperkenalkan kepada mereka pakej pelancongan di dalam negara, tetapi yang ini beza, kita syorkan supaya pakej pelancongan diadakan secara global melibatkan Malaysia, Indonesia dan Thailand.

"Umpamanya jika pelancong datang ke Danau Toba, mungkin selepas itu boleh disediakan sekali lawatan ke Royal Belum," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama pelajar Malaysia di Sumatera Utara bersempena misi penggalakan pelancongan Tahun Melawat Perak di Medan dan Jakarta, di sini malam tadi. - BERNAMA