Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kuih ketayap kota London

Restoran Rasa di East London milik Noor Azlina Zainal Abidin 6
Restoran Rasa di East London milik Noor Azlina Zainal Abidin

Lebih 10,00 kilometer berjauhan dari tanah air dan diselubungi suhu dingin di bawah 16 darjah celcius, apa yang terlintas di kepala ketika itu ialah nasi lemak dan teh tarik bagi menghangatkan tubuh.

Mungkin ramai pernah melalui situasi itu ketika sesekali melancong ke negara orang. Masuk hari ketiga, kebab, fish and chip dan salad seakan sudah tidak tertelan, sebaliknya mula merindui mi goreng mamak, laksa, rendang, malah roti canai.

Justeru, tatkala menemui restoran Melayu menghuni satu penjuru di sebuah pusat beli-belah baharu di kota London, perasaan bagai menemui segumpal emas, apatah lagi dari kejauhan sudah nampak kelibat seorang wanita bertudung ‘bawal’ gaya orang Malaysia sedang menebar roti canai.

Memang benar langkah kanan. Wanita kecil molek yang kemudian memperkenalkan dirinya sebagai Noor Azlina Zainal Abidin, merupakan pemilik Rasa Cafe, yang terletak di aras bawah pusat beli-belah Great Eastern Market, di bandar Westfield Stratford City, di timur London.

Noor Azlina, yang lebih 10 tahun bermastautin di England selepas berkahwin dengan lelaki Inggeris, memutuskan untuk membuka restoran tersebut selepas rasa jemu tidak berbuat apa-apa di rumah.

“Suami tidak membenarkan saya bekerja kerana sukar untuk mengurus anak. Namun, saya jenis yang tidak betah duduk diam, jadi suami mencadangkan sesuatu yang saya biasa dan pandai buat.

“Kebetulan ketika itu saya kerap memasak untuk jiran-jiran, malah mana-mana orang Melayu yang tinggal di London dan tahu saya boleh memasak, akan menempah makanan dari saya apabila ingin membuat majlis keraian.

“Dari situ timbul keinginan membuka restoran. Rasa Cafe dibuka pada 2011. Asalnya di pusat bandar, tetapi sejak dua tahun lalu apabila pusat beli-belah ini dibuka, saya berpindah ke sini.

“Namun, untuk mendapat tempat di sini bukan senang, banyak cabaran apatah lagi pengurusan pusat beli-belah ini sangat cerewet dan berhati-hati dalam memilih penyewa.

“Untuk bahagian makanan dan minuman, mereka mahukan sesuatu yang berbeza. Mereka dapati restoran dan menu yang saya tawarkan unik dan lain daripada lain,” katanya.

Noor Azlina memilih makanan jalanan (street food) Malaysia dengan mengambil inspirasi daripada kepelbagaian cita rasa dan selera negeri kelahirannya.

“Saya membesar dengan mi goreng mamak, nasi lemak, rendang, laksa Penang, mi kari, roti canai, kuih-muih Melayu dan tidak ketinggalan teh tarik.

“Menu itu juga yang saya bawa ke sini. Alhamdulillah diterima baik oleh masyarakat setempat. Malah, jangan terkejut, antara yang paling laris dan paling banyak tempahan di sini ialah kuih ketayap. Setiap kali buat mesti habis. Baru saya tahu orang Inggeris suka makan ketayap, mungkin kerana inti kelapanya yang sedap.

“Memang setiap makanan yang ada di sini saya masak ikut rasa yang saya nak makan. Seboleh mungkin saya akan mengekalkan rasa asli dan guna bahan-bahan yang sama di Malaysia walaupun sesetengahnya sukar diperoleh.

“Misalnya, bingka ubi yang saya buat guna ubi sepenuhnya tidak dicampur tepung. Begitu juga rendang, saya guna bahan-bahan asal termasuk kerisik. Mungkin sebab itu rendang saya digemari orang sini,” kata wanita berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu.

Tidak pernah menukar menu sejak dibuka pada Mac 2015, Rasa Cafe yang menggunakan dekorasi berlatar belakang rumah Melayu Kampung Baru, turut menawarkan sajian-sajian seperti nasi goreng kampung, nasi dagang Terengganu, bihun sup utara, lempeng, roti jala, air batu campur, cendol dan banyak lagi.

Bagi Noor Azlina, dia bukan sekadar menjual ‘selera’ orang Malaysia, bahkan pada masa sama bagaikan duta kecil memperkenalkan budaya dan nama negara.

“Orang tempatan yang makan di sini dan merasai keunikan makanan kita pasti akan bertanya tentang makanan yang mereka makan.

“Dari situ saya akan terangkan asal usul makanan tersebut yang sekali gus akan menyentuh tentang Malaysia dan budayanya,” katanya yang mengakui kafenya turut menjadi tumpuan pelancong Malaysia.

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan