Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Mountain Talk bimbing pendaki jadi berilmu

PARA pendaki turut berkongsi pengalaman semasa jamuan Hari Raya 3
PARA pendaki turut berkongsi pengalaman semasa jamuan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan sempena program Mountain Talk di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

KEKURANGAN pengetahuan dan ilmu berkaitan pendakian boleh mendatangkan risiko kemalangan. Justeru itu, seseorang perlu mengetahui selok belok pendakian, sekurang-kurangnya perkara asas seperti peralatan, pakaian, kasut dan perubatan.

Bagi meningkatkan pengetahuan pendaki, Persatuan Kembara Negara (PKN) mengadakan program Mountain Talk di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam program itu, Pakar Perunding Perubatan Kecemasan & Trauma Hospital Kuala Lumpur, Datuk Dr. Alza­mani Mohammad Idrose membincangkan perkara berkaitan penyakit altitud tinggi (AMS), manakala bekas pesakit kanser, Renee Aziz Ahmad berkongsi pengalaman mendaki. Penolong Mufti Bahagian Fatwa Jabatan Mufti Negeri Selangor, Ustaz Khairiamri Ahmad pula menjelaskan tentang Rukhsah Solat.

Kira-kira 100 pendaki dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang hadir menjayakan program yang begitu bermanfaat kepada pendaki.

Dr. Alzamani merupakan doktor ekspedisi Merdeka de Eve­rest 2007 dan telah banyak menjalankan penyelidikan berkaitan penyakit altitud tinggi. Beliau pernah membentangkan kertas saintifik di persidangan kebangsaan dan antarabangsa sebanyak 213 kali.

Dalam program itu, beliau menjelaskan tentang simptom AMS yang kerap menyerang pendaki seperti high altitude pulmonary edema, high altitude cerebral edema, high altitude retina hemorrhage, sera­ngan jantung dan strok di gunung, frostbite dan buta salji.

Menurutnya, beliau pernah menjalankan kajian dan mendapati me­nyanyi semasa mendaki boleh meningkatkan paras oksigen di dalam badan.

“Semasa kajian ini dilakukan, paras oksigen di dalam badan saya adalah 63 peratus. Ketika itu, saya berada di Kem Induk Everest. Apabila saya menyanyi, paras oksigen meningkat hampir 80 peratus,” katanya.

Dalam program itu, beliau turut menyenaraikan simptom pe­nyakit altitud tinggi dan rawatan paling berkesan adalah segera turun ke altitud lebih rendah.

“Ubatan yang diambil tidak menyembuhkan tetapi sekadar mengurangkan kesakitan. Justeru, pendaki yang mengalami masalah kesihatan perlu turun segera ke altitud lebih rendah. Itu sahaja ubatnya,” katanya sambil memberit­ahu antara jenis ubatan yang digunakan bagi penyakit altitud tinggi adalah acetazolamide (diamox), paracetamol dan dexamethasone.

Dalam pada itu, katanya, cara terbaik untuk mengelakkan risiko terkena penyakit altitud tinggi adalah mendaki perlahan supaya tubuh mempunyai cukup masa untuk menyesuaikan diri dengan perubahan iklim dan altitud termasuk menggunakan peralatan mendaki yang sesuai.

Sementara itu, Renee yang merupakan bekas pesakit kanser payu dara berkongsi pengalamannya mendaki Gunung Kilimanjaro dan Gunung Aconcagua. Beliau merupakan salah seorang pendaki yang terlibat dalam projek Kembara Srikandi Prihatin yang akan menakluk Gunung Elbrus di Rusia pada Ogos ini. Projek itu diadakan sempena sambutan hari kemerdekaan negara yang ke-60.

Pengisian program diakhiri dengan perbincangan mengenai Rukhsah Solat oleh Ustaz Khairiamri. Soal jawab dengan pendaki banyak menyentuh mengenai solat jamak dan qasar. Turut di­bincangkan ialah wuduk dan tayyamum di kawasan gunung berais yang sejuk beku.

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan