Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

DUNIA KERIANGAN SEBENAR di ESCAPE

ANTARA tapak perkhemahan yang disediakan pengurusan Escape bagi 2
ANTARA tapak perkhemahan yang disediakan pengurusan Escape bagi pengunjung yang mahu bermalam di hutan.

SEMESTINYA lokasi percutian yang me­narik menjadi pilihan kita untuk berehat, bersantai dan menenangkan fikiran selepas penat bekerja sepanjang minggu. Memilih lokasi yang sesuai dengan bajet adalah langkah bijak agar setiap detik percutian me­ninggalkan kenangan manis.

Lokasi pilihan pula tidak semestinya terkenal dengan pemandangan menakjubkan sahaja. Sebaliknya, lokasi yang menghiburkan turut menjadi pilihan. Mi­salnya taman tema Escape yang membawa kelainan serta memberikan pengalaman baharu kepada pengunjung.

Terletak di Jalan Teluk Bahang, Pulau Pinang, Escape diasaskan oleh seorang jurutera dan perunding taman tema antarabangsa yang berasal dari Pulau Pinang, Sim Choo Kheng. Taman tema itu diperkenalkan untuk mengembalikan konsep asal bermain semasa Choo Kheng tinggal di kampung semasa kecil.

Pengalaman zaman ka­nak-kanak membuatkan dia mencipta satu permainan yang sesuai untuk individu pelbagai peringkat umur. Berkonsepkan low tech and high fun, permai­nan itu menjanjikan pengalaman baharu yang menyeronokkan sepanjang menikmati percutian di Escape.

Taman tema yang dilengkapi dengan pelbagai aktiviti menarik itu menawarkan 22 jenis permainan sebagai pilihan kepada pengunjung. Di situ, pengunjung menentukan sendiri aktiviti yang ingin dicuba dan jika suka memanjat, boleh mencuba permainan Monkey Business sepanjang hari.

Sudah pasti, mereka yang pertama kali datang ke Escape teruja untuk mencuba pelbagai aktiviti yang disediakan.

Bayangkan suasana ketika di kampung dikembalikan semula di Escape apabila melakukan aktiviti tersebut, seolah-olah mengembalikan zaman kanak-kanak suatu ketika dahulu.

Aktiviti yang disediakan itu­ mampu melupakan segala masalah yang dihadapi sama ada di tempat kerja atau peribadi.

Menjadi ‘kanak-kanak’ merupakan satu pengalaman indah buat mereka yang telah dewasa dan tentunya memberi kelainan ketika bercuti di Escape.

Selain bermain, kawasan itu juga menyediakan tapak perkhemahan bagi mereka yang ingin keluar dari zon selesa.

Pengunjung berpeluang menikmati waktu malam di hutan, mengadakan barbeku dan meraikan kegembiraan bersama keluarga atau rakan-rakan.

Bagi kanak-kanak pula, Escape menyediakan program Greenie yang menyediakan aktiviti merang­sang lima deria dengan mendekatkan mereka kepada persekitaran semula jadi. Aktiviti tersebut dapat memupuk minat dan sifat murni kanak-kanak dalam menghargai dan mencintai alam semula jadi.

Bukan untuk kanak-kanak sahaja, Escape turut menyediakan program kepada syarikat atau agensi dalam memupuk semangat kerjasama menerusi Pembinaan Pasukan Korporat.

Justeru itu, Escape bukan sahaja menjadi kawasan riadah, malahan mengeratkan hubungan seisi keluarga sambil menikmati percutian dengan insan yang dikasihi.

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan