Daripada jumlah penyertaan dalam program selama empat hari itu, 16 orang merupakan pemancing tegar dari luar negara termasuk Korea (lapan),  Singapura (tiga), Indonesia (tiga) dan
masing-masing seorang dari  Austria dan Amerika Syarikat.

Pengarah Jabatan Pelancongan negeri, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, pertandingan kali ketiga itu menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM65,000 termasuk enjin bot, bot almunium, bot fibre, motor elektrik dan aksesori memancing sumbangan 47 penaja.

"Sembilan kategori dipertandingkan antaranya Raja AMCT 2017, Raja Seberau, Raja Toman, Raja Istimewa, Terbaik Barramundi dan Pemancing Terbaik.

"`Sebanyak 14 'housebot' dan 150 bot fiber juga akan digunakan sepanjang kejohanan,"katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini berhubung program kendalian Monsoon Casting Tournament (MCT dengan kerjasama Jabatan Pelancongan dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) itu.

Yang turut hadir, Pengurus Pelancongan Ketengah, Ahmad Fathil Abdul Ghani dan Penasihat  MCT, Ibrahim Anum atau lebih dikenali dengan nama Ujang.

Empat pemancing terbaik dalam kejohanan itu akan berpeluang menyertai International Bass Fishing 2018 yang akan diadakan di Tasik Andong Korea Selatan melalui Anglers Exchange Programme.

Tun Ahmad Faisal berkata, sempena dengan kejohanan itu juga pihaknya bersama  beberapa agensi kerajaan dan swasta akan melepaskan kira-kira 100,000 benih ikan pelbagai spesies.-UTUSAN ONLINE