Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, wanita tersebut yang berumur 58 tahun ke Singapura bermula 19 Ogos lalu, selepas pulang ke Malaysia dia mempunyai gejala demam selain terdapat ruam di beberapa anggota badan.

“Wanita tersebut sedar dia mengalami gejala demam dan ruam selepas seminggu pulang ke Malaysia, dia telah berjumpa doktor dan memaklumkan baharu sahaja pulang melawat anak perempuannya yang dijangkiti virus Zika di Singapura.

“Wanita terbabit kemudiannya telah dirujuk ke Hospital Sungai Buloh dan hasil pemeriksaan melalui air kencing, dia disahkan positif virus Zika, suaminya yang turut ke Singapura bersamanya tidak dijangkiti virus itu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Subramaniam, kementerian sudah mengambil langkah kawalan pembiakan aedes secara intensif dikawasan rumah wanita tersebut sebagai langkah untuk memastikan virus tersebut tidak merebak di negara ini. - UTUSAN ONLINE