Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tujuh tahun berjuang melawan kanser

Mohd. Salleh Yusof 6
Mohd. Salleh Yusof

“Saya bersyukur, selama tujuh lahun melawan kanser, isteri dan anak-anak sentiasa menyokong saya. Walaupun saya kini hidup dengan satu paru-paru, saya mahu meneruskan kehidupan dengan positif,” itu luahan Mohd. Salleh Yusof, 55 ketika ditemui baru-baru ini.

Mengimbas peristiwa 2010, Salleh tiba-tiba jatuh sakit dan segera ke hospital mendapatkan rawatan lanjut. Dalam tempoh seminggu, Salleh disahkan menghidap kanser paru-paru tahap dua.

Tidak seperti kebanyakt pesakit lain, Salleh tidak mahu melengahkan rawatan sebaliknya mengikut sahaja kata-kata doktor. Dia kemudian menjalani rawatan kemoterapi.

Perjuangannya melawan kanser tidak berhenti setakat itu, pada 2012 dia disahkan menghidap menghidap kanser hati tetapi tidak boleh dibedah (karsinoma hepatoselular atau HCC).

Kanser itu kemudiannya merebak ke paru-paru dan dia menjalani pembedahan untuk membuang bahagian yang dijangkiti.

Melalui preskripsi rawatan dan ubat-ubatan yang ditetapkan, Salleh terselamat daripada pengalaman getir yang dialami dan hari ini dia mampu menjalani kehidupan bahagia bersama keluarganya walaupun dengan hanya satu paru-paru.

“Untuk sihat sepenuhnya saya akui tidak mudah. Pun begitu, sebagai orang Islam kita perlu berusaha agar sihat dan tidak mudah putus asa. Sebagai pesakit kanser, kita perlu ikut jadual rawatan yang telah ditetapkan doktor. Jangan abaikan ubat yang diberikan pihak hospital.

“Menjadi postif sememangnya bukan mudah. Saya pun pada awalnya terkejut tetapi hidup perlu diteruskan. Jadikan kanser itu kawan baik anda. Anda perlu menanganinya dengan baik. Bagi saya, sokongan keluarga amat penting. Isteri dan anak-anak saya sentiasa memberi kata-kata semangat buat saya,” katanya.

Perjalanan Salleh merupakan salah satu daripada contoh-contoh pesakit yang berjaya menikmati kehidupan bahagia bersama orang tersayang, walaupun telah disahkan menghidap HCC. Dia juga menghadapi masalah kesihatan mereka dengan berfikiran positif.

Namun, pengesanan awal HCC masih penting untuk meningkatkan peluang penyembuhan secara menyeluruh. Sehubungan dengan itu, pemeriksaan ujian fungsi hati (LFT) adalah penting, terutamanya jika sudah terdapat masalah kesihatan seperti Hepatitis B atau C, penyakit hati berlemak atau sirosis hati akibat pengambilan alkohol berlebihan.

Dalam pada itu, Bayer Co. (Malaysia) Sdn. Bhd. (Bayer) baru-baru ini mengadakan acara sambutan bertemakan ‘Merai Kehidupan’ (Celebrating Life’s Journey), bagi meraikan ulang tahun ke-10 Sorafenib, terapi oral khusus untuk kanser hati yang tidak boleh dibedah (atau dikenali secara saintifik sebagai karsinoma hepatoselular, HCC).

Sempena ulang tahunnya yang ke-10, Bayer turut mengumumkan kerjasama dengan Cancerfly Networks untuk menawarkan ujian fungsi hati (LFT) kepada orang ramai bertujuan memupuk kesedaran mengenai HCC dan pilihan rawatan yang terdapat di negara ini. LFT digunakan untuk mengesan keabnormalan di dalam hati yang boleh menyebabkan kepada HCC.

Sementara itu, Perunding Am dan Pakar Bedah Pankreatik Hepatobiliari, Pusat Perubatan Sunway, Profesor Madya Bong berkata, HCC merupakan salah satu kanser yang paling sukar untuk dirawat.

Harapan untuk pesakit yang menghidap HCC peringkat kritikal kebiasaannya tipis, dengan kelangsungan hidup secara keseluruhan (OS) dianggar hanya bertahan selama enam bulan hingga setahun.

“Dalam kes seumpama ini, pembedahan atau kemoterapi sistemik bukan lagi menjadi pilihan yang sesuai. Ini mungkin disebabkan oleh saiz luka dan tahap penyebaran kanser tersebut, atau kerana penolakan pesakit untuk menjalani rawatan kemoterapi. Oleh sebab itu, terapi khusus dilihat sebagai kaedah terbaik untuk mengawal pertumbuhan tumor dan memanjangkan jangka hayat pesakit.

“HCC merupakan kanser kedua yang paling kerap berlaku melibatkan saluran penghadaman dalam kalangan lelaki di Malaysia; kebanyakkannya melibatkan kaum Cina dan diikuti oleh Melayu dan India,” katanya.

Tambah beliau, penyebaran HCC seolah-olah mengikut corak perkauman di negara ini dan amat tinggi dalam kalangan orang Cina yang berusia lebih 60 tahun.

Namun begitu, tanpa mengira kaum atau latar belakang, penyelesaian untuk membantu pesakit menguruskan keadaan mereka dengan baik adalah dengan memberikan mereka rawatan yang betul dan tepat pada masanya, yang membolehkan mereka menikmati kehidupan berkualiti walaupun dengan keadaan semasa mereka.

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan