Namun, satu kajian dilakukan hari ini mendedahkan bahawa makan telur sekali sehari akan mengurangkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar.

Walaupun sebahagian pakar memberi amaran supaya tidak terlalu mempercayai kajian itu, namun penulisnya mendakwa golongan dewasa dari China yang makan telur setiap hari mempunyai tahap penyakit kardiovaskular (CVD) rendah.

Telur dikatakan kaya dengan kolesterol diet dan sudah lama dikaitkan dengan risiko CVD yang tinggi, tetapi juga mengandungi protein serta vitamin penting.

Selain itu, kumpulan penyelidik China-Britain melaporkan dalam jurnal Heart, risiko untuk menghidap strok yang menyebabkan pendarahan adalah 26 peratus lebih rendah dalam kalangan mereka yang sering makan telur.

Malahan, pengambilan telur setiap hari dikaitkan dengan risiko kematian sebanyak 18 peratus lebih rendah berpunca daripada CVD.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kira-kira 17.7 juta orang dilaporkan mati akibat CVD setiap tahun.

Sebanyak 80 peratus daripada jumlah tersebut disebabkan oleh serangan jantung dan angin ahmar. – AFP