Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Sasaran malaria sifar

Antara gejala malaria ialah demam ringan atau tinggi   setiap 5
Antara gejala malaria ialah demam ringan atau tinggi setiap tiga hari.

Demam, kerap mengigil dan berpeluh? Kebanyakan pesakit menganggap ini merupakan gejala demam panas biasa atau denggi. Pun begitu, pesakit terlupa gejala ini juga dialami oleh mereka yang menghidap malaria.

Malaria mungkin semakin pudar daripada ingatan kebanyakan penduduk negara ini berbanding denggi. Namun, jangan pandang remeh kerana seperti mana-mana penyakit berjangkit, malaria cuma memerlukan satu sumber, satu pesakit (patient zero) untuk menjadi wabak besar.

Penyakit ini merupakan masalah kesihatan global dengan dianggarkan lebih 40 peratus populasi dunia berisiko untuk mendapat jangkitan ini. Mengikut statistik, malaria ialah edermik di Benua Asia Tenggara dan Malaysia. Sehingga tahun 2012, terdapat 4,725 kes dilaporkan pada setiap tahun. Kadar insiden dan juga kadar kematian disebabkan malaria juga semakin menurun dengan dianggarkan terdapat 16 kematian pada 2012. Terdapat pengesanan serta rawatan awal adalah tonggak kepada program pembasmian dan kawalan penyakit malaria.

Menurut Pakar Perubatan Dalaman dan Pernafasan Perubatan, Hospital Pakar KPJ Johor, Dr. Muhammad Redzwan S. Rashid Ali, malaria ialah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh penularan jangkitan dari spesis Protoza ‘Plasmodium’. Terdapat lima jenis spesis Plasmosium iaitu Plasmodium falciparum, vivax malariae, ovale dan juga yang terbaru knowlesii.

Di Malaysia jangkitan disebabkan oleh plasmodium vivax , falciparum dan knowlesii adalah yang paling kerap berlaku dan menyebabkan jangkitan malaria yang serius. Negeri yang mempunyai kes malaria tinggi adalah Sabah , Sarawak dan di semenanjung adalah di Selangor, Pahang, Kelantan, dan Perak.

Tambah Dr. Muhammad Redzwan, penduduk berisiko ialah mereka yang menetap di pedalaman hutan tropika di bahagian Semenanjung, pedalaman Sabah dan Sarawak serta penduduk orang asli di kawasan pendalaman Semenanjung.

Komplikasi

Golongan lain yang berisiko adalah seperti para peneroka hutan pedalaman, pekerja pembalakan, penoreh getah, pengusaha kebun serta orang yang kerap ke hutan pedalaman tropika sama ada bekerja atau tujuan rekreasi.

Umur yang lebih berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi teruk dari malaria adalah golongan bayi, kanak-kanak, ibu mengandung dan golongan yang tiada organ limpa.

Jika lambat dirawat dan dikesan, malaria boleh berlanjutan sehingga ke peringkat ‘malaria teruk’ dan mampu menyebabkan jangkitan malaria di otak (cerebral malaria), kegagalan jantung akut, kegagalan buah pinggan akut, koma, kegagalan hati serta boleh maut daripada komplikasi ini.

“Komplikasi teruk lebih kerap berlaku pada golongan yang berisiko terutamanya bayi, kanak-kanak, wanita mengandung, golongan kurang imun dan pesakit yang tiada organ limpa (asplenia). Golongan yang tidak pernah dijangkiti seperti contoh pelancong ke bahagian pendalaman juga berisiko lebih tinggi untuk mendapat jangkitan teruk,” katanya.

Tambah beliau, penyakit ini boleh dirawat melalui pengambilan ubat anti malaria. Ubat anti malaria diberi berdasarkan spesis Plasmodium yang dikenalpasti melalui sample filem darah dan juga corak tahap resistance spesis Plasmodium itu.

Secara umumnya, pesakit yang tidak berisiko tinggi dan mempunyai gejala-gejala ringan, boleh dirawat secara pesakit luar dan dirawat dengan satu / dua ubat anti malaria (cloroquin sensitive / uncomplicated malaria). Bagi pesakit yang berisiko tinggi, mempunyai gejala teruk, menghidapi peringkat malaria teruk dan jangkitan malaria chloroquine resistance, rawatan anti malaria (artemisini- combination theraphy) harus diberikan secepat mungkin dan dirawat di hospital.

Hakikatnya, Malaysia terutamanya Sabah dan Sarawak termasuk dalam kawasan endemik dan berisiko tinggi untuk jangkitan malaria choroquine resistance. Oleh itu, rawatan yang disyorkan menggunakan Artemisin Based Theraphy. Aspek rawatan lain rawatan untuk gejala malaria adalah tranfusi darah jika kekurangan darah teruk dan bantuan pernafasan atau dialisis sementara jika berlaku komplikasi malaria teruk.

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan