Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Wan Mansor Hamzah berkata, premis itu melibatkan sebanyak 13 buah tadika, sebuah taska dan pusat jagaan kanak-kanak serta dua buah kelas di buah sekolah rendah.

Menurut beliau, ketika ini juga, seramai tiga kanak-kanak berusia antara dua hingga 10 tahun yang dijangkiti virus berkenaan masih dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini.

“Setakat hari ini, Pulau Pinang mencatatkan sebanyak 1,679 kes HFMD sejak Januari lalu iaitu peningkatan sebanyak 56.47 peratus berbanding 1,073 kes bagi tempoh sama tahun lalu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE