Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pemeriksaan berkala cegah kanser serviks

Pemeriksaan pap smear membolehkan kanser serviks dikesan lebih awal untuk dirawat. - Gambar hiasan
Pemeriksaan pap smear membolehkan kanser serviks dikesan lebih awal untuk dirawat. - Gambar hiasan

Pada 2012, terdapat lebih daripada 500,000 kes baharu kanser serviks di seluruh dunia, yang separuh daripada penghidapnya ini maut.

Perkara ini amat menyedihkan dan mengejutkan kerana kebanyakan kes ini sepatutnya boleh dicegah dan dirawat.

Sememangnya, kanser bukanlah sesuatu topik yang gemar diperbual dalam kalangan wanita, apatah lagij ika berkaitan dengan kesihatan seksual mereka. Namun, mahu atau tidak wanita perlu mula memperkatanya, lebih-lebih lagi tentang kanser serviks yang mampu mengundang maut , sedangkan sebenarnya boleh dicegah jika dikesan melalui ujian pap smear dan dirawat pada peringkat awal.

Kanser serviks disebabkan oleh virus human papillomavirus (HPV) yang merebak melalui sentuhan intim dari kulit ke kulit.

Ramai yang mungkin terperanjat betapa lazimnya kejadian kanser serviks ini. Di seluruh dunia, inilah kanser yang keempat paling lazim dihidapi wanita.

Di Malaysia pula, kanser serviks ialah kanser ketiga paling lazim dihidapi wanita, dan kira-kira 2,145 wanita didiagnos setiap tahun.

Bagaimanapun, virus pembunuh ini mampu dicegah dengan dua cara, iaitu melalui vaksinasi HPV dan ujian pap smear untuk mengesan sel serviks yang abnormal pada peringkat awal.

Kementerian Kesihatan telah melancarkan pelbagai inisiatif untuk memastikan setiap kaedah mencegah kanser serviks ini disediakan dan mudah dijalani wanita.

Golongan wanita boleh mendapatkan suntikan agar dilindungi daripada penyakit yang berkaitan dengan jangkitan HPV. Vaksin ini membantu tubuh membina keimunan terhadap HPV, supaya virus tidak boleh menjangkiti sel serviks.

Vaksin yang ada sekarang boleh memberikan perlindungan terhadap jenis-jenis HPV yang menyebabkan 70 peratus kanser serviks, maka vaksinasi terhadapnya boleh melindungi anda.

Kerajaan memberikan vaksinasi HPV secara percuma untuk pelajar perempuan tingkatan 1 atau kanak-kanak perempuan yang berusia 13 tahun jika tidak bersekolah, di klinik-klinik kerajaan.

Setakat ini, program vaksinasi sekolah telah berjaya, dan seramai 1.38 juta kanak-kanak perempuan sudah menerima vaksin ini (sehingga tahun 2015). Kadar sambutannya juga tinggi, iaitu 98 peratus pada tahun 2015.

Jika anda mempunyai anak gadis, anda mampu mengurangkan risiko mereka untuk mendapat pelbagai penyakit yang berpunca daripada HPV sekiranya mereka diberikan vaksin ini.

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan