Memberikan perhatian kepada salah satu pendekatan ini dengan niat hendak menentang penuaan dengan bersungguh-sungguh sudah mampu untuk memberikan ganjaran yang lumayan, namun impak yang akan hadir adalah jauh rendah jika dibandingkan dengan kombinasi keempat-empat aspek – terutamanya apabila anda mengawal kadar stress dan mengamalkan pemikiran positif. (dua lagi aspek sampingan yang memainkan peranan hebat dalam melambatkan proses penuaan)

Sejenis pendekatan menyeluruh bukan sahaja akan membantu anda untuk kelihatan dan rasa muda, malahan anda juga dapat mengembalikan keremajaan tubuh badan, termasuklah pada tahap selular.

Tidak dinafikan lagi bahawa strategi anti-penuaan yang bagus boleh meningkatkan jangka hayat dan meningkatkan kualiti hidup dengan ketara. Jika anda mementingkan tahap kesihatan dan sentiasa mahukan yang terbaik buat diri, saya tidak rasa ia adalah melebih-lebih untuk mengatakan bahawa anda boleh memutarkan usia.

Sangat normal buat tubuh badan mengalami perubahan fizikal sejajar dengan peningkatan usia, dan sebahagian perubahan adalah tidak dapat dielakkan. Keremajaan diberkati dengan pelbagai kebaikan, jadi sudah semestinya kita akan cuba sedaya upaya untuk kekal muda. Tetapi peningkatan usia turut memiliki keistimewaannya tersendiri, dan perkara ini sering terlepas pandang, sebaliknya perlu dilihat dan diterima sebagai hadiah saguhati.

Segala pengalaman, ilmu pengetahuan dan penilaian yang anda timba semakin anda berusia sebenarnya adalah hadiah paling istimewa. Dan saya hanya bercakap melalui kata-kata yang saya dengar dari seorang nenek yang berusia 90 tahun.

Saya pilih untuk mengetengahkan isu ini kerana perkara-perkara inilah yang anda perlu hargai dan mengaplikasikan ke dalam hidup sebaik usia mencecah 40, 50 tahun ke atas. Semasa anda muda, kebanyakan tenaga telah digunakan untuk mendefinasikan diri sendiri. Pada peringkat ini, anda mula mengenali dan mengenal pasti apa yang anda mahu lakukan dalam hidup.

Pada peringkat seterusnya pula, anda mungkin telah berdiri teguh di atas nama sendiri, menerima hakikat bahawa anda dilahirkan secara sempurna tidak kira apa definisi orang lain terhadap diri anda, dan keupayaan mempercayai pada diri sendiri akan membenarkan anda hanya fokus kepada perkara yang membuatkan anda lebih gembira dan puas hati.

Cuma apa yang tidak diketahui ialah, segala keputusan yang anda lakukan setiap hari adalah penentuan terbesar dan bertanggungjawab ke atas betapa cepat proses penuaan berlaku.

Tambahan pula, kebanyakan tanggapan kita terhadap penuaan – seperti kedutan, peningkatan berat badan, kehilangan memori, kekurangan tenaga – tidak berkait rapat dengan perubahan masa. Sebaliknya, ia merupakan kesan secara langsung akibat mengamalkan kehidupan tidak aktif, diet tidak seimbang, kekurangan tidur, kekurangan (ataupun tiada) penjagaan kulit, terlalu tertekan, dan juga perasaan cepat mengalah.

Tidak hairan lagi, jika setiap tabiat buruk ini diterbalikkan – jika anda kekal bersenam, mengambil makanan berkhasiat, tidur secukupnya, menjaga kesihatan kulit dan mempertingkatkan gaya pemikiran ke arah kebaikan – secara automatiknya proses penuaan akan dapat disekat.

Aktiviti fizikal harian menghantarkan signal kepada otak agar badan kekal muda dan cergas, serta mereka juga bukan sahaja dapat meningkatkan jangka hayat, tetapi turut dapat menjalani kehidupan berkualiti tinggi.

“Kualiti tinggi” di sini bermaksud mereka yang bersenam tidak akan mengalami penurunan fizikal dan psikologikal sebagaimana mereka yang tidak bersenam – satu penurunan yang biasanya akan mula seawal umur dua puluh lima tahun.

Apabila kita tidak bersenam, kita akan mengalami kehilangan jisim tulang dan otot, lalu mendedahkan tubuh badan sendiri kepada risiko kecederaan pada usia akan datang.

Memadai

Sebaliknya, mereka yang bersenam kekalkan pembinaan otot dan tisu yang kuat, membenarkan badan untuk terus berfungsi secara aktif. Para penyelidik turut bercadang bahawa pengamal senaman yang sudah berusia memiliki memori dan skil kognitif tajam, dan fikiran mereka tidak dinafikan lagi lebih optimistik dan sentiasa berasa bersyukur.

Hal ini kerana, senaman dapat menghalang stress, jadi tidak hairan untuk jadi lebih tenang dan gembira. Perkara ini sahaja sudah memadai untuk melawan menentang penuaan.

Telah dianggarkan bahawa satu pertiga kes kanser, separuh kes sakit jantung dan hampir 90 peratus kes kencing manis tahap dua adalah disebabkan oleh pengamalan diet tidak sihat.

Sebaliknya, kebanyakan masyakat setempat yang terkenal dengan diet memanjangkan jangka hayat adalah berdasarkan dengan pengambilan makanan kaya nutrien dan tinggi kalori, berbeza dengan diet kita, akhirnya akan membawa pelbagai jenis komplikasi.

Jelas terbukti bahawa dengan mengamalkan gaya pemakanan yang terkawal, kebarangkalian untuk menikmati kehidupan yang berkualiti dan lebih panjang adalah tidak mustahil. Satu lagi perkara tentang proses penuaan ialah ia turut ditemani dengan penurunan kadar metabolik yang ketara (kadar yang menentukan tahap pembakaran kalori badan).

Sebagaimana yang telah saya terangkan, senaman dapat memberikan faedah dengan menghalang kadar penurunan metabolik; walaubagaimanapun, orang ramai sepatutnya lebih berwaspada tentang jumlah kalori yang perlu diambil sebaik sahaja umur sudah mencecah 40-an, kerana jika tidak, tidak hairan jika mereka boleh meningkatkan berat badan secara mendadak.

Saya harap saya boleh katakan bahawa keupayaan untuk mengambil sebarang makanan itu merupakan salah satu keistimewaan penuaan, tetapi tidak lupa dalam masa sama, semakin anda berusia, anda juga perlu lebih berjaga-jaga terhadap kadar pengambilan kalori.

Terdapat hasil penyelidikan menarik yang membuktikan bahawa mengurangkan jumlah pengambilan kalori sememangnya boleh memanjangkan jangka hayat.

Pelbagai kajian yang di jalankan terhadap penuaan membolehkan kita menikmati hidup dengan lebih baik dan sihat. Melengkapkan diri dengan ilmu anti penuaan merupakan salah satu senjata anda dalam bersiap sedia menerima kemenangan di kala usia emas.