Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Masalah kulit kering

Masalah kulit kering

Setiap orang memiliki jenis kulit yang berbeza-beza, dan salah satu jenis kulit yang sering dimiliki ialah jenis kulit kering. Kulit kering atau dalam istilah lain dikenali sebagai Xerosis, adalah keadaan dimana kulit kurang mendapat lembapan. Kulit kering akan terlihat tidak cantik, lebih-lebih lagi pada bahagian wajah, hal ini kerana menggunakan solekan dalam keadaan kulit yang kering maka solekan atau bedak akan sukar untuk menyerap sehingga hasilnya tidak cantik untuk dilihat.

Kulit yang selalunya kering adalah di bahagian-bahagian yang terbuka, seperti bahagian muka, tangan dan kaki yang selalu terdedah pada panas dan udara luar. Bahagian kulit yang kering juga akan menjadi warna putih sekiranya digores dengan kuku, dan kelihatan tidak sekata pada bahagian yang digores. Keadaan ini sebenarnya tidak terlalu serius tetapi bagi sesetengah wanita, keadaan ini amat menganggu.

Masalah kulit kering (Xerosis) boleh dimiliki oleh sesiapa pun, sama ada wanita atau pun lelaki. Ada yang mengalami masalah kulit kering sudah lama, dan ada juga yang mengalami perubahan jenis kulit menjadi kering pada keadaan tertentu sahaja. Kebiasaannya masalah kulit kering ini berlaku kerana faktor kulit yang semula jadi kering, faktor persekitaran atau faktor lain. Maka dari itu kita perlulah kenali dengan baik jenis kulit yang kita miliki supaya masalah kulit kering dapat diatasi dengan mudah.

Antara faktor lain yang menyebabkan masalah kulit kering:

Kurang minum

Salah satu faktor yang menyebabkan masalah kulit kering dan tidak cantik adalah kerana kurang air dalam badan. Hal ini kerana sebahagian besar dari tubuh kita terdiri dari air. Oleh itu air memainkan peranan penting dalam memastikan kulit tidak kering dan sentiasa segar.

Oleh itu kulit akan mengalami penurunan kelembapan sekiranya kurang minum air. Sekiranya tubuh badan kita tidak mempunyai jumlah air yang diperlukan, ia juga boleh menyebabkan kita mengalami pening kepala kerana peredaran darah tidak berjalan dengan baik.

Genetik dan usia

Genetik juga menjadi faktor masalah kulit kering kerana mempunyai keadaan kulit yang kering dari kecil atau mempunyai genetik keluarga yang memang mempunyai keadaan kulit yang kering maka keturunan seterusnya boleh mengalami masalah yang sama.

Selain genetik, usia juga menjadi salah satu faktor kerana semakin bertambah usia, kelembapan kulit kita akan berkurangan lalu menyebabkan ketahanan kulit kita berkurang, dan kulit kita akan perlahan-lahan menjadi kendur.

Penggunaan produk

Masalah kulit kering juga bolehberlaku disebabkan oleh penggunaan produk secara tidak terkawal. Ini kerana, tidak semua jenis kulit sesuai dengan produk yang digunakan. Terdapat juga pelbagai kesan sampingan dari produk solekan, sabun serta suplemen pemakanan untuk kecantikan. Masalah kulit kering juga akan timbul sekiranya terlalu kerap menggosok kulit ketika mandi.

Menggosok kulit ketika sedang mandi sering dilakukan kerana cara seperti ini akan membantu mengeluarkan sel-sel kulit mati dan kotoran yang ada pada kulit. Sekiranya terlalu kerap menggosok boleh mengakibatkan kelembapan kulit semakin berkurangan. Penggunaan deodorant dan sabun anti bakteria juga mengakibatkan kehilangan lapisan lemak dan air dari kulit.

Cuaca

Faktor cuaca juga mempengaruhi kelembapan kulit. Ini kerana kulit akan menjadi kering dalam keadaan cuaca tertentu seperti terlalu sejuk atau terlalu panas. Suhu yang terlalu panas juga boleh mengakibatkan seseorang tu mengalami strok haba kerana jumlah air yang diperlukan oleh badan tidak mencukupi. Akibat suhu yang terlalu panas juga boleh menyebabkan kulit kehilangan kelembapannya kerana terlalu banyak peluh yang dikeluarkan dari tubuh badan.

Penggunaan pendingin hawa dan pemanas ruangan yang kerap juga dapat menurun kelembapan kulit.

Gangguan kesihatan

Masalah kulit kering juga boleh diperolehi kerana gangguan kesihatan tertentu, seperti kelenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik. Akibat kadar hormon tiroid yang terlalu rendah, aktiviti kelenjar peluh dan kelenjar minyak semakin menurun maka kulit menjadi kasar dan kering. Psoriasis ialah keadaan kulit yang kemerahan, kasar dan bersisik tebal yang berlapis-lapis akan timbul sekiranya tubuh kita tidak mempunyai air yang cukup.

Selain dilihat tidak cantik, keadaan kulit yang kering juga boleh mengakibatkan seseorang itu berasa kurang selesa, oleh itu masalah kulit kering dapat diatasi melalui langkah-langkah berikut :

  • Minum air mineral yang cukup agar tidak mengalami masalah kurang air.
  • Hindari penggunaan air panas ketika mandi kerana penggunaan air panas boleh mengakibatkan kelembapan kulit berkurangan.
  • Makan buah buahan dan sayuran supaya tubuh badan dan kulit dapat memperoleh vitamin yang cukup.
  • Penggunaan sabun mandi yang boleh mengekalkan kelembapan kulit adalah sangat digalakkan.
  • Penggunaan losen badan selepas mandi juga disarankan terutama ketika cuaca panas ataupun sejuk.

Terdapat juga cara mengatasi masalah kulit kering secara semula jadi dan mudah, lebih-lebih pada bahagian wajah yang amat penting bagi seseorang. Memiliki kulit wajah yang kering boleh menimbulkan kulit wajah yang kusam atau tidak cerah. Pada umumnya wajah memiliki tiga sifat, iaitu wajah berminyak, wajah kering dan wajah normal yang tidak mempunyai masalah. Memiliki wajah yang bersinar dan berona merupakan dambaan semua orang.

Jika anda memiliki wajah yang berminyak, pasti wajah anda akan mudah mengalami masalah wajah yang berjerawat dan jika wajah yang kering akan mudah mengalami masalah kerutan.

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan