Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kenali gejala kanser endometrium

Doktor, adakah kanser rahim atau kanser endometrium kerap berlaku dalam kalangan wanita yang sudah menopaus? Mohon doktor jelaskan berkenaan kanser jenis ini? - Juriah, Kedah

Jawapan

Kadar kejadian kanser ini tidaklah setinggi seperti yang berlaku di negara Barat. Di Malaysia, kanser jenis ini kerap dialami wanita yang berumur 60 tahun hingga 69 tahun. Wanita berbangsa Cina dan India lebih kerap mengalami kanser ini berbanding bangsa Melayu.

Kanser rahim terbahagi kepada beberapa jenis berdasarkan asal usul kanser tersebut, antaranya termasuklah kanser yang berasal dari selaput dinding rahim atau lapisan endometrium atau kanser endometrium,

Selain itu terdapat kanser yang berasal dari otot dinding rahim atau miometrium atau leiomiosarkoma, kanser yang berasal dari kedua-dua komponen selaput dan endometrium atau kanser karsinosarkoma dan kanser yang berasal dari stroma selaput rahim atau endometrial stroma tumour.

Lebih 90 peratus daripada kanser rahim adalah daripada jenis kanser endometrium. Kanser jenis lain dilihat jarang-jarang berlaku tetapi kewujudannya sukar dirawat kerana sel kanser agresif sifatnya.

Seperti kanser serviks, kanser endometrium juga mempunyai peringkat prakanser. Walau bagaimanapun, pengetahuan mengenai peringkat prakanser endometrium tidaklah selengkap berkenaan kanser serviks.

Peringkat prakanser endometrium dikenali sebagai hiperplasia endo­metrium dan berlaku dalam beberapa peringkat, iaitu hiperplasia simpel tanpa atipia, hiperplasia kompleks tanpa atipia, hiperplasia simpel dengan atipia dan hiperplasia kompleks dengan atipia.

Peringkat prakanser yang paling penting untuk ditangani segera ialah hiperplasia kompleks dengan atipia. Sekiranya tidak dirawat, kajian menunjukkan lebih kurang 27 peratus wanita ini akan menghidap kanser endometrium dalam jangka masa beberapa tahun.

Simptom dan gejala prakanser endometrium hampir menyamai kanser endometrium dan kadang-kadang ada pesakit yang mengalami perdarahan banyak dan memerlukan pemindahan darah.

Begitu juga kaedah pengesanan peringkat prakanser sama dengan kaedah pengesanan peringkat kanser.

Rawatan Peringkat Prakanser Endometrium

Kaedah rawatan untuk peringkat prakanser ini terbahagi kepada dua cara. Kaedah pertama, ialah rawatan hormon untuk pesakit yang masih muda dan berhajat untuk mempunyai anak.

Hormon yang digunakan ialah hormon progesteron seperti Medroxyprogesterone acetate (Provera), Dydrogesterone (Duphaston) dan lain-lain lagi.

Terdapat juga jenis hormon yang diberikan secara suntikan dan melalui sistem intrauterin Mirena yang bukan sahaja berkesan sebagai alat perancang keluarga, malah mampu mengurangkan gejala perdarahan dan merawat prakanser endometrium.

Kaedah kedua ialah pembedahan histerektomi yang selalunya disyorkan kepada pesakit yang menghidap prakanser hiperplasia kompleks dengan atipia atau pesakit yang berumur lebih daripada 40 tahun.

Wanita yang menjalani pembedahan ini tidak boleh hamil, malah ada ketikanya mereka juga boleh berhadapan dengan perdarahan yang banyak dan tidak dapat dikawal oleh kaedah biasa.

Selain itu pesakit tersebut juga didapati gagal dirawat dengan ubat-ubatan walaupun telah diberikan pelbagai jenis rawatan hormon.

Bagi pesakit prakanser endometrium yang dirawat melalui pembedahan histerektomi dan ujian makmal telah mengesahkan tidak ada kanser endometrium. Mereka dikira telah sembuh sepenuhnya dan tidak memerlukan rawatan lanjutan.

Namun begitu, bagi mereka yang menjalani rawatan hormon, perlu mendapatkan pemeriksaan susulan dan pemantauan yang berterusan seperti diarahkan doktor.

Tujuannya adalah untuk memastikan risiko kanser endometrium tidak berulang walaupun telah menerima rawatan kerana mereka masih mempunyai rahim.

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan