Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (MPS), Amrahi Buang berkata, selaras dengan usaha penjenamaan semula sistem penjagaan kesihatan, golongan ahli farmasi

seharusnya diberi peluang memainkan peranan penting dan setimpal dengan kepakaran yang dimiliki.

“Ahli-ahli farmasi termasuk ahli farmasi komuniti bukan sahaja berperanan mendispen ubat-ubatan sebaliknya mereka juga mampu memulakan intervensi (memberikan rawatan).

“Malah kajian yang dijalankan Kementerian Kesihatan pada tahun 2015 menunjukkan kebanyakan responden ingin menerima kaunseling ubat-ubatan daripada ahli-ahli farmasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Amrahi, untuk itu kementerian harus memberikan pertimbangan kepada peranan ahli farmasi komuniti selaras dengan usaha penjenamaan semula Klinik 1Malaysia. - UTUSAN ONLINE