Sejak akhir-akhir ini Saiful berasa tenaga dan ketenangan hatinya seolah-olah tergugat. Dengan tidak semena-mena dia berasa gundah dan tidak tenang. Hatinya sering berdebar-debar.

Jika dulu dia mampu menghabiskan masa berjam-jam melakukan tugasnya di pejabat, kini daya tumpuannya mula terjejas.

Dia cuba mengawalnya dan menganggap apa yang dihadapi adalah kerana tekanan kerja.

Baru-baru ini dia bertemu sahabatnya yang merupakan seorang doktor dan sahabatnya mengesyorkan agar dia mengurangkan stres.

Dia mengurangkan stres yang dihadapi dengan bermain golf dan aktiviti lain yang sesuai dengan usianya, namun keadaan yang dirasai tetap tidak berubah.

Hatinya tidak tenang. Tidurnya juga tidak lena. Untuk bangun dari tidur pada awal pagi dirasakan begitu sukar. Seolah-olah seperti kehabisan tenaga.

Sebenarnya gejala yang dialami Saiful ialah fenomena kerosakan hormon pertumbuhan (GH).

GH hormon yang dihasilkan oleh kelenjar pineal dpada otak. Kegunaannya ialah untuk mengawal tumbesaran sejak dari dalam perut ibu sehinggalah membesar menjadi dewasa.

GH berperanan merangsang tumbesaran sel-sel dalam tubuh manusia. Bagi orang dewasa pula, ia berperanan memperbaiki sel-sel dan membentuk otot yang kuat. Ia juga menghalang pembentukan lemak dalam badan.

Pada usia 30-an, jumlah GH yang dirembeskan oleh seseorang akan berkurangan. Pemeriksaan darah biasanya menunjukkan ia berkurangan dengan banyak sehinggalah usia 50-an di mana kekurangan ketara akan berlaku.

Kekurangan yang ketara itu menyebabkan masalah keletihan menjadi lebih serius.

GH di dalam tubuh berfungsi sebagai menjaga organ seperti saiz otak, kulit, rambut, otot, tulang dan organ-organ dalam tubuh kita.

Kekurangan hormon ini juga membuatkan kesan penuaan begitu cepat berlaku.

Dengan kaedah dan teknologi antipenuaan terkini, masalah ini sudah tentu dapat diatasi. Gantian hormon menjadikan tubuh kembali segar dan bertenaga. Wajah juga akan kelihatan jauh lebih muda.

Dalam pada itu, maklumat mengenai GH antara yang akan dikongsi pada Bengkel Jom Kurus bersama Dr. Rushmini Maris Ismail anjuran bersama akhbar Mingguan Malaysia dan Marisa Aesthetic.

Bengkel akan diadakan di tiga lokasi berasingan iaitu Kota Bharu pada 28 April, Kuala Terengganu (29 April dan Kuantan (30 April).

Untuk mendaftar, hantarkan mesej menerusi aplikasi WhatsApp melalui talian 017-9149040 (Kota Bharu), 017-9768914 (Terengganu) dan 019-2407725 (Kuantan).