Dengan purata sebanyak 757 kes setiap minggu, negara hari ini pernah diletakkan pada tahap berjaga-jaga terhadap wabak penyakit tersebut.

Pihak berkuasa perkhidmatan kesihatan juga digesa untuk mengambil tindakan segera bagi membendungnya.

Kes HFMD di negara ini adalah disebabkan oleh strain virus Coxsackie A16 (CA16) dan Enterovirus 71 (EV71), di mana kanak-kanak lebih cenderung untuk dijangkiti dan jatuh sakit akibat virus-virus ini.

Tidak seperti orang dewasa, kanak-kanak biasanya tidak mempunyai antibodi dan tidak imun selepas pendedahan terhadap virus tersebut.

Sehingga hari ini tiada rawatan khusus yang boleh diberikan untuk penyakit ini.

Simptom-simptom awal HFMD yang boleh dikenal pasti ialah demam, kurang selera makan, lesu, dan sakit tekak.

Selepas satu atau dua hari simptom-simptom awal ini berlaku, kudis yang menyakitkan akan mula timbul di dalam mulut, berbentuk bintik-bintik merah yang biasanya akan melepuh dahulu sebelum menjadi ulser.

Selain itu, ruam seperti lepuh yang tidak gatal juga akan timbul pada tangan, kaki dan mulut.

Cegah Penyebaran Penyakit Berjangkit

Menurut Ketua Virologi dan Pengujian Disinfektan, dari Laboratory Enders, di Stuttgart, Jerman, Prof. Dr. Maren Eggers, virus HFMD sangat mudah berjangkit kerana ia merebak melalui sentuhan fizikal atau dari permukaan yang tercemar.

Sebab itu, katanya, ia mudah menjadi wabak dan kebanyakan pesakit HFMD ringan sembuh sepenuhnya selepas mengalami sakit teruk selama tujuh hingga 10 hari.

“Bagaimanapun, terdapat beberapa kes HFMD yang serius di mana pesakit mengalami meningitis viral atau ensefalitis atau lumpuh seperti poliomielitis dan mungkin perlu dimasukkan ke hospital selama beberapa hari.

“Semua orang menghadapi risiko dijangkiti HFMD tetapi ia biasanya berlaku dalam kalangan kanak-kanak di bawah usia 10 tahun kerana mereka lebih cenderung kepada jangkitan.

“Oleh itu, langkah pencegahan seperti mencuci tangan sangat penting untuk mengurangkan risiko dijangkiti penyakit selain daripada menjaga kebersihan di rumah, sekolah dan pejabat. Sangat penting juga untuk semua orang mengamalkan tabiat mencuci tangan dengan kerap terutama sebelum menyediakan makanan, selepas menyentuh lepuh atau menggunakan tandas,” ujarnya semasa ditemui ketika kunjungannya ke Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Mencuci tangan adalah langkah pencegahan yang terbaik untuk menghalang penyebaran jangkitan virus dan bakteria di mana menurut Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), kira-kira 80 peratus penyakit berjangkit tersebar melalui sentuhan.

Tutur Dr. Eggers lagi, enterovirus bagi kebanyakan kes HFMD, EV71 dan CA16 adalah sejenis virus tidak bersampul yang mampu bertahan terhadap disinfektan (proses nyahkuman) alkohol dan fenolik.

Namun ulas beliau, kajian in-vitro yang dijalankan oleh Pengarah Pusat Sains Bioperubatan dan Hayat, Politeknik Singapura, Dr. Tan Eng Lee, menunjukkan bahawa Betadine Antiseptic Skin Cleanser lulus standard ujian EN14476 dengan mencapai sekurang-kurangnya pengurangan log 4 atau 99.99 peratus kadar kejayaan dalam membunuh virus EV71 dan CA16.

Katanya, EN14476 diiktiraf oleh pakar-pakar sebagai standard pengujian yang boleh dipercayai untuk menentukan aktiviti pembasmi virus bagi produk pencuci tangan atau produk kebersihan tangan.

Sementara itu, Betadine Antiseptic Skin Cleanser mengandungi sejenis bahan aktif, 7.5 peratus iodinpovidon, yang terbukti secara saintifik boleh membunuh bakteria, kulat dan virus yang menyebabkan jangkitan.

Pembersih antiseptik ini berwarna perang keemasan dan membantu menandakan bahagian kulit yang telah dicuci tanpa meninggalkan kesan pada kulit, kuku atau rambut.

Disebabkan warnanya, ia sangat membantu dalam menentukan sama ada kanak-kanak atau orang dewasa telah mencuci tangan mereka dengan bersih.

Selain itu, pencuci tangan ini juga sesuai untuk digunakan setiap hari dalam tempoh risiko sesuatu penyakit berjangkit seperti HFMD.

Untuk itu jelas Pengurus Negara, Mundipharma Pharmaceuticals Sdn. Bhd., Suresh Pragasam, pihaknya ingin menggalakkan penyembuhan dan gaya hidup yang sihat di dalam komuniti.

“Kami sentiasa komited dalam memastikan kajian saintifik dijalankan secara berterusan untuk menghasilkan dan menyediakan produk-produk yang boleh membantu orang ramai.

“Kami juga berazam untuk terus membekalkan rangkaian produk yang lengkap untuk menangani isu-isu kesihatan dan penting agar semua orang dapat melindungi diri mereka dan orang yang tersayang,” tambahnya.