Menggerunkan bukan? Masalah obesiti juga seringkali dikaitkan dengan masalah kesihatan akibat komplikasi daripada masalah seperti penyakit jantung, kencing manis (Diabetis Mellitus), strok, dan sebagainya. Mengapa ini berlaku dan bagaimana cara untuk mengawal masalah obesiti?

Antara faktor penyebab obesiti:

Faktor persekitaran

Faktor persekitaran juga mempengaruhi seseorang untuk menjadi gemuk jika dibesarkan dalam lingkungan yang menganggap gemuk adalah simbol kemakmuran dan keindahan, maka orang tersebut akan cenderung untuk menjadi gemuk.

Selagi pandangan tersebut tidak dipengaruhi faktor luaran, maka orang yang obesiti tidak akan mengalami masalah psikologi berkaitan dengan kegemukan.

Faktor pemakanan dan diet yang tidak seimbang

Mengambil kurang makanan pula akan menyebabkan perut lapar dan kurang bertenaga. Apabila tenaga kurang, sistem badan akan secara automatik mengambil kalori daripada sumber lain untuk ditukar menjadi tenaga iaitu sel-sel otot dan sel-sel lemak.

Biasanya sel-sel otot lebih mudah untuk ditukar menjadi tenaga berbanding sel-sel lemak. Oleh itu, berat badan akan menurun, tetapi penurunan dalam jisim otot dan kandungan berat air sahaja. Namun lemak masih kekal.

Bila sel-sel otot berkurangan, kadar metabolisme akan menurun. Bagi setiap 1 kg otot, badan berupaya membakar kalori 200 -300 kalori sehari. Maknanya jika sel-sel otot sudah berkurangan, secara tak langsung kadar penggunaan kalori juga menurun.

Pada satu tahap, penurunan berat badan akan terhenti buat seketika kerana sel-sel otot sudah tidak diambil lagi untuk ditukar menjadi tenaga. Sistem badan akan melakukan perubahan di mana ketika ini sel-sel lemak pula akan ditukar menjadi tenaga. Ini biasanya akan mengambil sedikit masa. Kebiasaannya, ketika ini ramai sudah putus asa untuk diet.

Bila kita mengamalkan semula cara pemakanan yang lalu, biasanya berat badan akan naik lebih cepat. Ini kerana sel-sel otot yang sudah berkurangan maka kadar metabolisme juga menurun. Walaupun makan kadar sedikit tetapi sistem badan kita tidak berupaya membakar banyak kalori.

Faktor keturunan

Faktor keturunan juga mempengaruhi rupa bentuk badan seseorang. Penyelidikan yang dibuat di Amerika Syarikat membuktikan anak-anak daripada keturunan ibu bapa yang bertubuh normal mempunyai 10 peratus peluang menjadi gemuk. Peluang itu akan bertambah menjadi 40-50 peratus jika salah seorang ibu bapa mengalami masalah berat badan. Dan ia akan meningkat menjadi 70-80 peratus jika kedua-duanya menghidap obesiti.

Kurang menggunakan tenaga

Pekerjaan yang dilakukan hari-hari akan mempengaruhi gaya hidup seseorang. Kurang melakukan aktiviti fizikal akan menyebabkan proses pembakaran kalori terganggu. Umumnya kandungan kalori berlebihan yang tidak diimbangi dengan aktiviti fizikal akan menyebabkan tubuh menjadi berisi dan gemuk. Jika anda selalu tidur dan kurang bersenam, ia akan mempengaruhi keadaan fizikal tubuh badan anda.

Cara mengurangkan lemak dalam badan secara kekal

Terdapat pelbagai cara ataupun rawatan yang dikatakan mampu untuk mengurangkan lemak pada tubuh badan. Antara rawatan yang berjaya mengurangkan lemak secara kekal adalah dengan menggunakan Teknik CRYOLIPOLYSIS ataupun Fat-freezing.

Rawatan Cryolipolysis adalah rawatan yang menggunakan teknik pembekuan dipercayai rawatan alternatif kepada rawatan liposuction yang mana rawatan ‘cryolipolysis’ ini adalah lebih selamat, non-invasive, tidak memerlukan ubat anaesthesia dan tidak memerlukan pembedahan.

Teknik pembekuan menggunakan vacuum applicator akan diletakkan pada kawasan tubuh yang ingin dirawat dengan menggunakan suhu antara +5’c sehingga -15’c selama 45 minit sehingga 1 jam, tanpa mencederakan tisu-tisu atau sel-sel pada permukaan kulit terbabit.

Sel lemak dipercayai sensitif apabila terdedah pada suhu tersebut dan interaksi yang dipanggil ‘apoptosis’ telah menyebabkan sel-sel lemak tersebut mati. Dalam tempoh 14 hari selepas rawatan, sel lemak yang mati akan melalui proses ‘phagocytic’ daripada sistem imuniti dan dikeluarkan melalui proses perkumuhan.

Kira-kira 20 peratus sel lemak akan berkurangan pada kawasan yang telah dirawat pada rawatan pertama. Tempoh keseluruhan proses mengambil masa kira-kira 30-90 hari dan kesan rawatan akan dapat dirasai selepas tiga-enam bulan.

Rawatan ini tidak mempunyai downtime di mana seseorang boleh melakukan aktiviti harian seperti biasa mahupun bersukan.

Indikasi:

* Individu lelaki mahupun wanita sihat yang memerlukan rawatan menyingkirkan lemak pada sebahagian tubuh tertentu bagi mendapatkan bentuk tubuh yang diingini.

* Kawasan rawatan: Abdomen, love-handles, paha, lengan, belakang (termasuk bra-line), bahu, lutut.

Kontraindikasi:

* Individu yang mempunyai penyakit seperti Raynaud’s disease, Cryoglobulinemia, Paroxysmal cold hemoglobulinemia, umbilical hernia.

* Mengandung

* Infeksi kulit

* Jantung yang mengandungi pace maker

* Pembedahan kurang daripada tujuh bulan (contoh: Caesarean, umbilical hernia, dll).

Individu yang melakukan rawatan ini kadang-kala mempunyai kesan sampingan seperti kemerah-merahan, lebam, dan kebas tetapi keadaan ini adalah normal dan selalunya akan hilang selepas dua-tujuh hari.

Rawatan boleh didapati di klinik-klinik ataupun medispa-medispa yang menyediakan rawatan ini dan harga adalah antara RM800-2500 untuk sekali rawatan. Sila berjumpa dengan doktor/ profesional bagi mendapatkan nasihat rawatan.