Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Bermula di Tanah Merah

Penyakit kencing tikus yang dihidapi tiga daripada enam individu di Kelantan

S. SUBRAMANIAM menuang susu ke dalam belanga sempena Pesta Ponggal
S. SUBRAMANIAM menuang susu ke dalam belanga sempena Pesta Ponggal Muafakat Johor 2017 di Hutan Bandar Mutiara Rini, Johor Bahru, Johor semalam. MINGGUAN/ISHAK RAHMAD

JOHOR BAHRU 11 Feb. Punca sebenar jangkitan penyakit kencing tikus yang dihidapi tiga daripada enam individu di Kelantan, baru-­baru ini masih dilakukan, namun dipercayai bermula di kampung halaman mereka di Tanah Merah.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, siasatan mendapati mereka telah dijangkati terlebih

dahulu sebelum berkunjung ke Kajang, Selangor bagi menghadiri satu perjumpaan keluarga dan kemudian bertindak

mendapatkan rawatan di hospital tersebut selepas pulang ke negeri berkenaan.

“Siasatan yang dilakukan mendapati jangkitan tersebut telah berlaku lebih awal, iaitu ketika mereka masih di

kampung halaman dan bukan ketika berkunjung ke Kajang. Kerja pengambilan sampel kawasan persekitaran sedang dijalankan dan ujian saringan darah serta air kencing akan turut dibuat terhadap mereka yang terlibat,” kata­nya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Pesta Ponggal Muafakat Johor 2017 yang diadakan di Hutan Bandar Mutiara Rini, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MIC negeri, Datuk M. Asojan dan Ketua MCA Gelang Patah, Datuk Jason Teoh.

Subramaniam yang juga Pre­siden MIC berkata demikian sebagai mengulas laporan Jabatan Kesihatan mengenai kematian seorang lelaki berusia 59 tahun dipercayai akibat jangkitan bakteria Atypical Klebsiella Pneumonia baru-baru ini selain seorang lagi yang masih kritikal.

Mereka antara 39 individu yang menghadiri majlis perjumpaan keluarga di Kajang semasa sambutan Tahun Baharu Cina lalu.

Mengulas tentang dakwaaan bahawa dua murid sebuah sekolah di Melaka yang berkemungkinan dijangkiti virus Influenza A (H1N1) semalam, Subramaniam membe­ritahu, pihaknya masih menunggu laporan daripada Jabatan Kesihatan.

“Laporan ujian kesihatan sedang dilakukan, namun insiden ini bukan suatu perkara yang me­risaukan kerana jangkitan Influenza A ini merupakan jangkitan dari semasa ke semasa.

“Apa yang penting adalah masyarakat perlu dididik dengan amalan penjagaan kesihatan dan kebersihan diri yang baik,” kata­nya.

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan