Datuk Seri Rohani Abdul Karim
Datuk Seri Rohani Abdul Karim

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, tempat tersebut yang menjadi tempat penginapan sementara berjaya menjimatkan kos perbelanjaan ahli keluarga yang menjaga pesakit.

Katanya, dianggarkan secara purata RM80 ke RM100 sehari perlu dibelanjakan jika mereka menginap di hotel atau rumah tumpangan berbayar.

“Anjung Kasih terbukti berjaya memberikan pulangan faedah sosial dan kewangan yang tinggi kepada mereka yang terlibat,” katanya berucap pada Majlis Perasmian Anjung Kasih YKN Hospital Umum Sarawak (HUS) yang dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud di sini hari ini.

Yang turut hadir, isteri Yang Dipertua Negeri, Toh Puan Raghad Kurdi Taib; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar; Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti negeri, Datuk Fatimah Abdullah dan Menteri Kerajaan Tempatan negeri, Prof. Datuk Dr. Sim Kui Hian.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr. Rose Lena Lazemi; Pengerusi Jawatankuasa Anjung Kasih, Prof. Datuk Seri Dr. Abu Hassan Asaari Abdullah dan Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Jamilah Hashim. - UTUSAN ONLINE