Kunjungan ke Britain yang menjadi bualan hangat dalam kalangan muslimah di negara empat musim itu, menarik perhatian media apabila menerima beberapa undangan temuramah siaran langsung rancangan Women’s AM di Islam Channel UK dan stesen-stesen radio Islam utama di negara tersebut.

Pengarah Pemasaran SK, Mohammad Munzir Aminuddin berkata, Islam merupakan agama kedua terbesar di Britain, yang mana pada 2014 terdapat seramai 3 juta orang Islam di sana.

“Kepelbagaian latar belakang etnik penduduk Islam di sana memberi kelebihan kepada kami memperkenalkan telekung SK dengan lebih meluas.

“Penggunaan fabrik berkualiti tinggi seperti span poliester dengan rekaan inovatif fleksibel pada bahagian wajah, mudah regang di dahi dan dagu tanpa perlu dipin atau memakai anak tudung, menjadikan telekung kami unik berbanding telekung sedia ada di pasaran.

“Manakala perincian minimalis seperti renda, menambah seri si pemakai namun masih kekal ringkas mengikut syarak.

“Ibu saya, Padzilah Enda Sulaiman yang merupakan pengasas SK mengambil masa selama enam bulan mengkaji setiap inci rekaan bagi menghasilkan telekung yang sempurna buat setiap Muslimah,” katanya semasa pelancaran eksklusif SK di Mayfair, London.

Acara tersebut dihadiri oleh wakil media tempatan, personaliti televisyen, ikon Muslimah dan penulis blog.

Jelasnya lagi, mengambil kira cuaca di negara empat musim, telekung tersebut sesuai dan selesa disarung bila-bila masa.

Pihaknya tidak meletakkan status sebagai jenama modest fashion yang hadir dengan koleksi rekaan bermusim, sebaliknya rekaan telekung tersebut akan kekal klasik, dengan teknologi fabrik yang sentiasa dinaik taraf seiring dengan penjenamaannya sebagai pakaian solat premium.

Sementara itu, wakil SK di United Kingdom, Siti Fazrena Mohamad Fuad berkata, berbeza dengan Malaysia, kebanyakan Muslimah di Britain tidak pernah mengetahui mengenai telekung sebagai pakaian khas yang dipakai semasa solat.

“Ada di antara mereka hanya pernah melihat Muslimah dari Malaysia dan Indonesia memakai telekung semasa menunaikan umrah dan haji.

“Mereka hanya menyarung jubah dan selendang semasa bersolat, justeru telekung agak asing namun sudah mula diterima di sini,” ujarnya.

Sementara itu, 10 koleksi terbaharu telekung SK diperagakan di pentas Muslim Lifestyle Expo (MLE) 2017 yang bertempat di EventCity, Manchester, dengan penampilan khas ikon Muslimah Nur Arisa Maryam dan bintang Youtube, Nabiilabee.

Ini diikuti dengan penglibatan jenama tersebut sebagai salah satu penaja di acara festival IlmFest London di Intercontinental London - The O2 pada awal November lalu.

Setelah tiga tahun beroperasi, ibu pejabat SK yang berpangkalan di Brockley, London, beberapa butik dan ejen jualan di sekitarnya bakal turut menampilkan jenama tersebut tidak lama lagi.