Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pilih pramugari kerana mencabar

RAMAI anak muda mengidamkan kerjaya di awan biru. Ini kerana, bidang tersebut menawarkan gaji lumayan di samping peluang melancong ke serata dunia.

KUALA LUMPUR 14 JUN 2017 - Sesifoto Ann Zaira untuk ruangan gadis
 

Namun, bagi Ann Zaira Mohd. Faisal, 25, kerjaya sebagai pramugari lebih daripada itu. Gadis cantik yang telah berkhidmat dengan Malaysia Airlines Bhd. (MAB) selama empat tahun berpandangan cabaran dalam kerjaya itu antara sebab dia memilih untuk menjadi pramugari.

“Ramai berpendapat bidang ini glamor. Tetapi hakikatnya, berkhidmat di awan biru cukup mencabar dan memerlukan kekuatan mental serta fizikal yang kental.

“Di sebalik penampilan segak dan kemas, seorang pramugari atau pramugara memikul tanggungjawab besar terutama berkaitan keselamatan penumpang,” katanya kepada S2.

Bercerita lanjut, Ann memberitahu, pernah berdepan situasi cemas ketika bertugas. Gadis berdarah kacukan India Melayu ini berkata, kejadian tersebut sedikit sebanyak meninggalkan kesan terhadap dirinya.

“Kejadian berlaku sekitar 2014 ketika saya bertugas untuk penerbangan ke Sarawak dari Kuala Lumpur. Semasa dalam penerbangan, berlaku pergolakan udara serius di luar jangkaan sehingga mengakibatkan saya dan beberapa anak kapal melambung di dalam pesawat.

“Walaupun tidak mengalami sebarang kecederaan, namun tetap meninggalkan kesan mendalam. Bagaimanapun, kami (anak-anak kapal) dilatih supaya prihatin dan saling membantu sesama rakan sekerja apabila berlaku kecemasan. Ini membuatkan saya terus bersemangat menjadi pramugari sehingga kini,” katanya lagi.

Meskipun memiliki kerjaya tetap bersama MAB, Ann tidak melupakan soal pendidikan. Dia yang kini menuntut di Universiti Lim Kok Wing dalam Diploma Reka Bentuk Dalaman berhasrat menjalankan perniagaan dalam bidang itu satu hari nanti.

“Saya minat bidang ini sejak kecil. Saya suka melihat benda-benda yang cantik dan ingin belajar bagaimana menghasilkan rekaan perabot, pinggan mangkuk atau kediaman.

“Jika berpeluang, saya mahu menjadi penasihat rekaan dalaman kediaman suatu hari nanti,” ujarnya.

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan