Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Memupuk amalan pemakanan sihat

Memupuk amalan pemakanan sihat 2

Memasak dan menikmati makan malam seisi keluarga bersama-sama dapat membantu untuk mencipta keluarga yang sihat dan gembira.

Anak-anak yang didedahkan kepada bahan-bahan sihat dan berkualiti serta kaedah memasak makanan sihat sejak usia muda, lebih cenderung untuk membuat pilihan pemakanan sihat apabila dewasa kelak.

Justeru, sebagai sebahagian daripada kempen menggalakkan sajian sihat, Kentang AS baru-baru ini menganjurkan sesi demonstrasi masakan bersama media dengan bertemakan Sajian Sihat, Keluarga Gembira dengan memberi tumpuan kepada manfaat dan khasiat kentang.

Ramai yang mungkin kurang tahu bahwa selain rasa yang enak, kentang yang sudah dibersihkan dan dimakan dengan kulitnya mampu membekalkan 30 peratus pengambilan vitamin C seseorang, selain lebih banyak potasium berbanding pisang.

Malah, kentang berada pada kedudukan paling tinggi dari segi kandungan potasium, sehingga menjadi antara 20 buah-buahan dan sayur-sayuran paling laris dijual di Amerika Syarikat (AS).

Menurut Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS (FDA), makanan seperti kentang merupakan sumber potasium yang baik dan rendah sodium, membantu untuk merendahkan risiko tekanan darah tinggi dan strok. Kentang juga membekalkan dos sihat vitamin B6 untuk fungsi metabolisme.

Sementara itu, sesi demonstrasi masakan oleh Kentang AS itu turut diserikan dengan kehadiran tiga personaliti terkenal, iaitu pakar keibubapaan dan perkembangan kanak-kanak Ruth Liew; pakar pemakanan, Indra Balaratnam; dan hos TV, Azawate Zenol Abidin, yang berkongsi kisah masing-masing meluangkan masa bersama anak-anak di dapur.

Ketiga-tiga personaliti tersebut berkongsi tentang bagaimana mengekalkan gaya hidup sihat dan mengeratkan kasih sayang bersama anak melalui masakan dan makanan.

Menurut Ruth, membesarkan anak-anak semakin mencabar, terutama menerusi aspek pemakanan.

“Kanak-kanak sering mengadu tentang makanan mereka yang hambar dan tiada rasa terutama sayur-sayuran dan bahan menyihatkan. Menggalakkan mereka makan sebenarnya bermula dengan pemikiran mereka.

“Satu panduan yang baik untuk membuatkan kanak-kanak teruja makan ialah dengan melibatkan mereka dalam proses memasak,” katanya

Ruth menambah, meluangkan masa bersama anak-anak pada usia muda sememangnya penting kerana ia membentuk karakter dan tabiat mereka kelak.

Pakar perkembangan kanak-kanak itu turut berkongsi sajian yang dipanggil Wajah Gembira Kentang AS, yang mana dia menggunakan kentang Russet AS, dengan tambahan tuna atau kiub ayam serta sos masam manis yang lazat menjadikannya sajian lengkap berkhasiat.

Dalam pada itu Cef Elvin Goh dari Restoran Secret of Louisiana, pula mengambil kesempatan menyediakan tiga resipi enak, iaitu bot Kentang As gumbo, roti hashbrown Kentang AS dan au gratin menggunakan campuran kentang segar dan kentang beku.

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan