Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Hargai ibu selepas bergelar ibu

Hari ibu
Para ibu yang dirai pada majlis 'A Tea With Mom' anjuran PNB Commercial di Hotel Sri Petaling sempena Sambutan Hari Ibu memotong sebuah kek di sini hari ini.

KUALA LUMPUR 14 Mei - Seorang ibu muda, Syafiqah Nurfatin, 25, menghargai ibunya selepas dia sendiri merasai jerih perih melalui pengalaman menjadi ibu selepas melahirkan anak.

Syafiqah Nurfatin, ibu kepada Nada Nursafia, berusia lapan bulan berkata, sebelum bergelar ibu beliau merupakan seorang anak yang kuat memberontak apabila dilarang oleh emaknya untuk melakukan sesuatu perkara.

"Tetapi bila dah ada anak sendiri baru kita faham yang larangan itu untuk kebaikan kita sendiri dan tanda mereka sayang kita.

"Sekarang saya menghargai pengorbanan yang dilakukan ibu. Sebenarnya hari-hari adalah hari ibu," kata Syafiqah Nurfatin yang ditemui pada majlis 'A Tea With Mom' anjuran PNB Commercial di Hotel Sri Petaling di sini hari ini.

Seramai 80 ibu raikan pada majlis itu sempena sambutan Hari Ibu hari ini.

Antara ibu yang dirai, Nor Azizah Yusuf berkata, dia berasa terharu kerana sambutan tersebut merupakan tanda penghargaan anak-anaknya di atas pengorbanannya selama ini.

"Sebenarnya saya tidak tahu anak saya bawa saya ke sini. Rupanya dia buat kejutan untuk saya.

"Sebelum ini, saya hanya menyambut hari ibu di rumah sahaja dengan ahli keluarga yang lain.

Jadi, sudah tentu saya merasa terharu," katanya yang hadir bersama anak dan menantunya.

Dalam pada itu, Pengurus Program, Mohd. Nizamri Md. Yusoff berkata, majlis 'A Tea With Mom' merupakan acara untuk memberi penghargaan kepada para ibu dan juga pelanggan tetap Hotel Sri Petaling.

"Pada majlis ini, pelbagai aktiviti yang dijalankan untuk meraikan para ibu dan juga pelanggan. Ini merupakan acara tahunan dan mendapat sambutan yang menggalakkan," kata Mohd. Nizamri. - UTUSAN ONLINE

 

 

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan