Adalah sangat penting untuk memastikan penggunaan kasut yang sesuai dengan kaki pelari selain muat dan selesa.

Pemilihan kasut berdasarkan aliran semasa (trend), model terkini, warna, harga terendah dan diskaun adalah kesilapan yang biasa dibuat oleh pelari semasa pembelian kasut untuk larian.

Untuk mendapatkan kesesuaian yang betul, seorang pelari seharusnya melihat pada sudut yang lebih luas seperti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan teknologi yang digunakan dalam penciptaan kasut tersebut.

Bagi membantu mengenal pasti jenis kaki dan gaya larian, sistem teknologi Asics Foot T ID disediakan di butik-butik Asics.

Asics Foot ID merupakan teknologi maju pertama di negara ini bagi untuk menganalisis keadaan kaki serta gaya larian seorang pelari yang lebih tepat.

Ia menawarkan ukuran statik dan dinamik, termasuklah antaranya analisis bentuk kaki serta kitaran gaya berjalan.

Kakitangan Asics yang terlatih sentiasa bersedia untuk melakukan analisis sistem Asics Foot ID untuk pelanggan serta memberi nasihat kepada pengguna bagi memperbaiki prestasi dengan pemahaman gaya berlari serta pemilihan kasut yang tepat dan betul.

Sistem Foot ID akan mengira dan menganalisis bahagian sentuhan kaki dengan permukaan dan menghasilkan sudut tumit dua dimensi (2D) dari arah belakang.

Komponen dinamik Foot ID memerlukan pengguna berlari di atas treadmill dan akan merakamkan bahagian belakang kaki. Perisian proprietiari dan kasut ujian yang direka khas yang dilengkapi dengan penanda akan menganalisis pergerakan dengan tepat.

Sebagai langkah pertama untuk komponen dinamik, kamera digunakan untuk merakam pergerakan pelari di atas treadmill. Pelari akan memakai kasut (neutral) yang direka khas bagi menghasilkan impak paling minimum untuk pergerakan semula jadi. Kakitangan Asics kemudiannya menentukan giliran (rotation) kaki pada fasa rata kaki dan titik penemuan permukaan semasa kitaran masa berjalan.

Pengiraan sistem ini berdasarkan kaedah proprietari Asics yang direka khas untuk membolehkan penentuan terbaik jenis gaya berjalan individu (pelari neutral, underpronator, overpronator) kepada kasut daripada rangkaian produk kasut Asics.

Data berharga yang diperoleh daripada komponen statik dan dinamik, dikumpul dalam sistem Asics Foot ID. Kakitangan Asics yang terlatih khas pula mengesyorkan kasut larian dengan padanan yang sesuai dengan kaki pelari.

Pemilihan kasut amat penting bukan sahaja untuk prestasi larian malah untuk kesihatan kaki.

Jika kasut larian muat pada kaki dengan baik dan sempurna, pelari dapat menikmati larian dengan lebih jauh dan baik.

Perkhidmatan Asics Foot ID menggunakan pendekatan dua kali ganda untuk mencapai matlamat ini.

Penggunaan sistem ukuran statik dan dinamik merekod, menilai data pada dua tahap dan membolehkan keselamatan berganda untuk pembeli.

Asics Foot ID menggunakan perisian Asics Running Services menerusi pendekatan berasaskan sains yang menawarkan pandangan dan pengalaman mengenai semua aspek larian dan ia dilengkapi dengan pemilihan produk dan peningkatan prestasi. Ia menawarkan sistem analisis terperinci yang dilengkapi dengan rangkaian kasut larian secara ideal.

Ia dapat membantu pelari membuat keputusan dalam pencarian kasut larian Asics yang sempurna berdasarkan maklumat dan ciri-ciri peribadi pelari.