Bagi penggemar kari kepala ikan, NZ Curry House antara restoran muslim yang bernaung di bawah Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) yang menyajikan hidangan istimewa kari kepala ikan bagi seisi keluarga. 

Menurut pemiliknya, Muhamad Zabidi, NZ Curry House kini menjadi mercu tanda di Wangsa Maju menyediakan menu kari kepala ikan istimewa untuk penggemarnya di Lembah Kelang. 

Beliau yang juga Naib Presiden PRESMA memberithu NZ Curry House cawangan Wangsa Link, merupakan restoran terbuka yang memiliki kawasan letak yang luas sesuai untuk keluarga yang datang bersama rombongan selain memberi ketenangan fikiran.

Zabidi berkata, NZ Curry House memiliki chef yang pakar dalam menu kari kepala ikan merah yang popular di Malaysia dan menjadi tumpuan ramai di sekitar warga kota.

“Saya memberi jaminan, setiap pelanggan pastinya akan berpuas hati dengan menu kari kepala ikan merah yang dihidangkan mengikut kualiti dan resipi bermutu tinggi,” katanya menggunakan rempah ratus istimewa dari India.

 NZ Curry House kini memiliki lapan cawangan di Kuala Lumpur City Centre, G Tower, Jalan Ampang, Setapak, Wangsa Maju, Gombak dan KLIA2 yang  popular dengan pelbagai menu istimewa yang menjadi identiti masing-masing.

 “Setiap cawangan NZ Curry House memiliki cita rasa yang sesuai untuk rakyat berbilang kaum di Malaysia. Hari Sabtu dan Ahad, kami menyediakan hidangan nasi kandar special, ayam berempah, sotong goreng dan udang selain kari kepala ikan dan hidangan lain yang boleh dipesan mengikut selera masing-masing,” katanya yang berpengalaman selama 16 tahun dalam perniagaan restoran.

Sementara itu, Presiden PRESMA, Ayoob Khan Muhamad Yaakub meminta rakyat Malaysia supaya tidak ragu-ragu menikmati makanan di restoran di bawah naungan persatuan itu seperti NZ Curry House yang diperakui menyediakan makanan lazat dan bermutu terutama menu kari kepala ikan.

“Saya dah cuba kari kepala ikan istimewa di NZ Curry House. Ini menu tersedap sekali, sekali cuba pasti nak lagi,” katanya menunjukkan isyarat bagus. 

Sepertimana ditegaskan Ayoob sebelum ini, kelebihan restoran 24 jam India Muslim ini di negara kita sudah dikenali ramai sebagai restoran rakyat yang sentiasa mengekalkan harga berpatutan, layanan cepat, makanan mampu milik, mesra pelanggan dan bersih.

Menurutnya lagi beliau dan Ahli Jawatankuasa PRESMA sentiasa menekankan aspek kebersihan supaya menjadi agenda utama persatuan bagi memastikan restoran 24 jam di bawah naungannya mempunyai tahap kebersihan terbaik sehingga diperakui dan diberi penilaian Gred A oleh pihak berkuasa tempatan. 

NZ Curry House Wangsa Link sedia  menerima tempahan dari orang ramai untuk hidangan ahli mesyuarat atau rombongan yang ingin merasai keenakan kari kepala ikan yang disediakan. 

- Sebarang tempahan dan pertanyaan boleh menghubungi 03-6177 7107 fax: 03-6177  7101 atau emel: [email protected] atau [email protected]