Bestseller merupakan syarikat fesyen antarabangsa yang dimiliki keluarga Holch Povlsen yang mula bertapak sejak 1975.

Sempena pembukaan tersebut, jenama tersebut membawa tiga label paling popular dari Denmark, iaitu Jack & Jones, Vero Moda dan Only, yang menampilkan koleksi musim Luruh/Sejuk 2017 dan musim Bunga/Panas 2018.

Ketiga-tiga label tersebut mengetengahkan fokus berbeza untuk golongan lelaki dan wanita yang gemarkan gaya segar dengan fabrik berkualiti tinggi.

Rangkaian jenama Vero Moda, yang mula bertapak sejak 1987, menampilkan koleksi buat wanita yang mahu bergaya ranggi namun masih nampak anggun.

Tidak berkompromi soal kualiti, jenama itu mengutamakan fesyen terkini dengan menawarkan rekaan segar buat wanita muda yang berani tampil dengan koleksi gabungan moden dan urban.

Buat si gadis yang sukakan gaya jalanan eksklusif, Only menghidangkan seleksi gaya kreatif yang menonjolkan karakter golongan muda suka eksperimentasi.

Fokus utama haruslah pemakaian denim sama ada baju atau seluar. Label tersebut turut menawarkan rekaan yang menekankan potongan mengikut badan, denim lusuh, hiasan aksesori feminin serta berkonsepkan rock.

Tidak ketinggalan koleksi untuk si teruna yang dibawa oleh Jack & Jones dengan membariskan koleksi pakaian sukan, jaket musim sejuk dan baju panas dengan motif polos dan bercorak jalur.

Masih mengekalkan keutamaan fabrik lelaki iaitu denim, label itu memberi keutamaan buat lelaki yang mahu tampil dengan gaya yang tidak terlalu sarat, namun mampu memberi aura maskulin.

Pada acara itu juga, Bestseller turut memperkenal tulang belakang syarikatnya termasuk pengarah kreatif untuk berkongsi tentang rekaan mereka yang bakal menemui pelanggan di negara ini.

Produk Bestsller juga boleh didapati di beberapa laman dalam talian selain 2,700 stor rangkaian berjenama dan 15,000 stor gedung serbaneka pelbagai jenama di Eropah, Amerika Utara, Amerika Latin dan Australia.

Syarikat itu juga merupakan antara peruncit fesyen pakaian terbesar di China, yang mana lebih 8,000 stor beroperasi di lebih 300 bandar di negara itu.