Pelbagai pilihan daripada gaya klasik, seksi lagi berani, setiap artis yang hadir ‘memasang’ badan dengan koleksi jenama mewah antarabangsa dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Malah inilah masa terbaik untuk pengkritik fesyen memberikan komentar terhadap penampilan dan gaya para pelaku seni yang hadir.

Biar tidak semua calon membawa pulang Oscar yang berprestij dalam dunia perfileman dunia namun mereka selalunya menang gaya di laluan karpet merah.

Mempersona, sememangnya kehadiran artis di karpet merah menjadi tarikan utama peminat dunia seni menyaksikan fesyen bintang ternama tampil dalam adunan jenama dan kepelbagaian gaya.