Malah, kota tersebut menyimpan 1001 kenangan indah zaman kanak-kanaknya yang banyak mempengaruhi kehidupan dewasanya.

Tahun ini menandakan satu lagi perjalanan penting buat Raja Nadia dan jenama fesyennya di kota tersebut.

Mengambil bahagian untuk tahun ketiga di pameran perdagangan fesyen antarabangsa, Pure London, Aere merupakan antara jenama fesyen dari Malaysia yang cuba mencuri perhatian peminat fesyen yang sedang mencari label fesyen terbaik.

Ternyata penglibatan dalam acara tersebut berjaya membuka mata masyarakat di sana apabila jenama itu menjadi pilihan dan mendapat permintaan yang tinggi untuk diperluas ke peringkat antarabangsa.

Tidak sekadar mencipta fenomena luar biasa sepanjang pameran tersebut, Aere kembali menjadi bualan ramai apabila muncul di pentas peragaan terkemuka di kota London, iaitu London Modest Fashion Week 2018.

Pentas tersebut menyaksikan barisan pereka fesyen Muslimah seluruh dunia terlibat menjayakan acara gilang-gemilang itu.

Helaian busana daripada koleksi istimewa, Change dan Peace dipamerkan di khalayak ramai yang turut dihadiri selebriti Hollywood, Lindsay Lohan, golongan pembeli fesyen (fashio buyer), dan peminat fesyen dari seluruh dunia yang mahu melihat sendiri trend fesyen Muslimah.

Rekaan-rekaan terpilih daripada dua koleksi Aere itu dipamerkan untuk memenuhi cita rasa fesyen yang tinggi masyarakat di sana dengan menampilkan koleksi paling neutral dan ringkas.

Koleksi rekaan dalam rona putih, biru dan keemasan itu dianggap sebagai pengenalan sempurna buat jenama tersebut.