Antara yang menarik perhatian ialah orkid hutan jenis Buluh Betong.

Pengarah Fama Kelantan, Mohd. Arifin Awang berkata, sepanjang festival berkenaan, sebanyak 250 peniaga orkid dan usahawan herba mengambil bahagian bagi menjual koleksi tanaman masing-masing pada harga yang berpatutan.

Menurutnya, festival kali ini turut menarik penyertaan peniaga Orang Asli dari kawasan pedalaman yang membawa khazanah hutan serta tanaman herba yang diusahakan sendiri untuk dijual kepada pengunjung.

“Sementara itu, Universiti Sains Malaysia (USM) kampus Kubang Kerian pula turut memasarkan anak benih herba yang diusahakan usaha Orang Kurang Upaya (OKU) di bawah bimbingan.

“Setakat ini sambutan pengunjung yang memanfaatkan musim cuti persekolahan amat memberangsangkan. Selain pameran bunga-bungaan festival ini turut melaksanakan pelbagai aktiviti yang boleh disertai pengunjung,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE