Sehubungan itu, Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, polis bantuan perlu bertindak meningkatkan kawalan keselamatan di semua stesen terutama awal pagi bagi mengelakkan insiden sedemikian berlaku lagi.

“Insiden ini amat serius dan mangsa diserang di tempat awam. Pihak pengurusan MRT perlu mengkaji semula tentang sistem keselamatan di semua stesen.

“Malah, kejadian juga berlaku di awal pagi dan sudah tentu persekitaran amat sunyi serta tidak ramai penumpang menggunakan perkhidmatan tersebut. Saya berharap polis bantuan MRT membuat rondaan lebih kerap bagi mengelak kejadian sama berlaku lagi di masa hadapan,” katanya ketika dihubungi Utusan Online, di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 6.45 pagi baru-baru ini, seorang wanita bukan sahaja disamun, tetapi turut ditumbuk dan ditendang beberapa kali dalam sebuah lif di stesen MRT Taman Mutiara, Cheras di sini. - UTUSAN ONLINE