Dalam masa sama, Deschamps tidak menyenaraikan bintang Arsenal, Alexandre Lacazette dan Aymeric Laporte (Manchester City).

Sepanjang musim pertama bersama Barca, Lenglet mempamerkan aksi meyakinkan dengan membuat 43 penampilan di semua kejohanan dan pemain berusia 24 tahun itu berharap dapat diturunkan ketika perlawanan persahabatan menentang Bolivia pada 2 Jun ini atau aksi kelayakan Euro 2020 berdepan Turki dan Andorra.

Laporte yang menikmati musim hebat apabila menjulang tiga gelaran domestik bersama City tetapi masih menunggu untuk menerima panggilan Deschamps, selain Lacazette yang meledakan 19 gol buat Arsenal musim ini diketepikan.

“Kadangkala keputusan itu sukar. Saya tidak boleh nafikannya walaupun anda menyukainya,

“Pemain lain juga berhak untuk dipanggil dan Laporte salah seorang daripada mereka. Jika saya tidak memilih Lenglet, dia pasti berhak.

“Ia menjadi satu penghormatan buat kami. Ramai pemain di setiap posisi yang layak menjadi calon pemain Perancis,” kata Deschamps.

Selepas aksi persahabatan berdepan Bolivia, Perancis bakal bertandang ke Turki pada 8 Jun depan dan Andorra (11 Jun) dalam usaha mereka cuba untuk mengekalkan rekod 100 peratus dalam saingan kelayakan Kumpulan H. - AGENSI

SKUAD PERANCIS

PENJAGA GOL- Hugo Lloris (Tottenham), Benjamin Lecomte (Montpellier), Alphonse Areola (Paris Saint-Germain), Mike Maignan (Lille)

PERTAHANAN - Samuel Umtiti (Barcelona), Clement Lenglet (Barcelona), Benjamin Pavard (Stuttgart), Kurt Zouma (Everton), Lucas Digne (Everton), Raphael Varane (Real Madrid), Ferland Mendy (Lyon)

TENGAH - N’Golo Kante (Chelsea), Blaise Matuidi (Juventus), Paul Pogba (Manchester United),Moussa Sissoko (Tottenham), Tanguy Ndombele (Lyon)

PENYERANG - Antoine Griezmann (Atletico Madrid), Kylian Mbappe (Paris Saint-Germain), Olivier Giroud (Chelsea), Wissam Ben Yedder (Sevilla), Kingsley Coman (Bayern Munich), Florian Thauvin (Marseille)