Berdasarkan apa yang berlaku di Malaysia semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, rakyat memutuskan bahawa tiba masanya pembangkang mengambil alih kuasa lebih-lebih lagi banyak janji dibuat.

“Sekarang negara sedang memerhatikan ‘kerajaan pembangkang’ ini untuk melaksanakan janji-janji itu. Malangnya mereka (rakyat) mendapati mereka (kerajaan) tidak dapat melaksanakan banyak janji.

“Jadi kini bermula pusi­ngan seterusnya menjatuhkan kerajaan,” katanya ketika ber­ucap dalam program Festival Demokrasi 2019 di sini hari ini.

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang menang dalam PRU-14 kini berdepan pelbagai kritikan ekoran beberapa janji-janji mani­festo parti itu masih tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Mengulas mengenai demokrasi dalam konteks yang lebih meluas, Dr. Mahathir sekali lagi mengula­ngi pandangannya mengenai konsep demokrasi termasuk risiko semangat demokrasi mungkin tidak diamalkan secara baik.