Dalam saingan tersebut, Ashri Chuchu menjaringkan gol tunggal untuk pasukannya pada minit ke-49, sekali gus mengesahkan tiga mata milik skuad City Boys.

Begitupun, Kuala Lumpur tetap menduduki tangga tercorot liga apabila mengumpul tujuh mata selepas sembilan perlawanan.

Kuala Lumpur selepas ini bakal melayani kunjungan Perak pada Selasa ini.- UTUSAN ONLINE