Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 47 merupakan pesakit kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun.

"Setakat ini apa yang dilakukan oleh pihak kementerian bagi mencegah jangkitan HIV dalam kalangan kanak-kanak adalah antaranya dengan setiap ibu yang mengandung telah dibuat saringan HIV dan diberi rawatan supaya jangkitan tidak merebak kepada anak mereka.

"Setiap kanak-kanak yang dijangkiti juga diberikan rawatan antiretroviral supaya kehidupan mereka pulih seperti biasa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Boon Chye menjawab pertanyaan Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) yang meminta kerajaan menyatakan statistik terkini kanak-kanak di negara ini yang dijangkiti virus HIV dan AIDS serta bilangan rumah perlindungan yang dikendalikan oleh kerajaan dan pihak swasta.

Menjawab soalan tambahan Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali (PH-Bagan Serai), beliau memberitahu kerajaan berjaya menurunkan kadar kes HIV dari 28.5 bagi setiap 100,000 penduduk pada tahun 2002 kepada 10.0 kes bagi setiap 100,000 penduduk pada tahun lalu, ini satu kejayaan yang besar," katanya. - UTUSAN ONLINE