Apa agaknya dibincangkan oleh Najib dan Syed Saddiq?

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berbincang sesuatu

KUALA LUMPUR 4 Julai - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dilihat membincangkan sesuatu dengan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Kedua-duanya dilihat berbual atas satu sofa di lobi Parlimen sebelum Syed Saddiq membentangkan usul menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama hari ini.